j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Selangor

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Friday, 10 May 2013

AZMIN CAKAP RAKYAT SELANGOR KONO TIPU HIDUP2

Kenapa PAS tak berani nk letak wakilnya jd MB kt Selangor.. Bukan ker dia menang kerusi dun sama byk dgn Dap.. Kenapa nk bg kt pkr pulak? Heran jugak sey.. Kato berio-io nk laksana negara Islam..

Td sey nengok kek tv, Azmin dlm sidang akhbar ehh pun kobar yg sblm ni kerajaan selangor x ditadbir dgn elok.. Byk masalah rakyat tak solosai.. Esey pun heran dgn org selangor ni.. Dh nampak PR tak boleh nk tadbir kerajaan, dipilih gak lagi.. Korang kono tipu idup2 dgn janji pru diorang.. Diorang pun dh kobar kan.. Yg manifesto tu bukan janji.. Padanlah muko korang.. Tak buek pilihan yg bijak..

Dewan pemuda PAS selangor pun marah kek Azmin, ado ko dio suruh Azmin cermin muko ehh sendiri.. Bangang ko apo budak Pas ni.. Korang monang 15 kerusi samo Dap, pkr monang 14 jo.. Apo dh takdo calon yg bagus ko dr pas utk jd MB.. Korang elok jo halokan khalid jugak.. Hurmmmm.... Xdo guno korang ni.. Patutlah ramai yg kuar parti..

Thursday, 9 May 2013

BERITA TERGEMPAR AZMIN AKAN LEPASKAN SEMUA JAWATAN DALAM PKR ESOK

Uishhh... Esey baru dpt berito terkini hiburan sensasi ni.. Hehehe.. Dongar2 esok Azmin nk lotak jawatan sbg Timb Presiden & Pengerusi Pkr.. Biar boto.. Tp kut nk diikutkan mcm yo jo.. Apo tak ehh.. Esey perati kek twitter, selambo ajo azmin bantai anwar.. Ni mesti Kes tak pueh hati ni...

Ada sumber yg mengosahkan azmin dh bercakap dgn adun2 yg memihak kek dio.. Yg sey dongar dio tak pueh hati dgn anwar pasal jawatan MB lah.. Anwar dh berio io janji kalau selangor monang kek PR.. Azmin konpom naik jd MB.. Aleh2 nuar ikut telunjuk hadi, sobab yg memonangkan diorang byk dr undi org melayu pas.. mano tak Azmin bongih.. Org kek malaysia ni sumo tahu yg Azmin berio melobi nk jd MB, alih2 namo Khalid Ibrahim gak yg naik.. Sey dongar Azmin ugut kalau dio tak dapek gak jawatan MB selangor, dio jugo akan melepaskan kerusi sbg ahli parlimen dgn Dun.. Ishh..ishhh..ishhhh..

Esey skit pun tak heran.. Diorang mmg sey tahu gilo kuaso masing2.. Sumo nk berjawatan.. Nk kaut duit byk2 nk tambah koleksi ferrari.. Huhuhu.. Bolum apo2 lg robut kuaso..




Wednesday, 10 April 2013

PANAS!!! Skandal Projek 1 Billion

Dimana telusnya pentadbiran kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat... kata mereka bila memerintah akan menjalankan amalan tender secara terbuka.. tapi sekarang apa cerita ni??? Bukan sikit duit.. 1 Billion ni...  dan kenapa sehingga hari ini Khalid Ibrahim dan Gff nya Theresa Kok masih berdiam diri tentang hal ini.. 

Wednesday, 29 August 2012

BIL AIR KHALID IBRAHIM DAH NAIK ATAS KEPALA



Sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Selangor, negeri tersebut tidak pernah sunyi dari kecelaruan pentadbirannya yang serba serbi tidak kena.

Daripada hal sampah sarap yang berhari-hari berlonggok tidak diangkut, soal masa depan UNISEL yang terancam hinggalah masalah bekalan air bersih, pendek kata segalanya menjadi satu masalah rumit sedangkan tatkala zaman pemerintahan BN semuanya berjalan lancar tanpa celaru.

Segalanya berpunca dari sikap Menteri Besar,  yang agak taksub untuk menonjolkan kebijaksanaan tapi yang lebih terserlah pula ialah bangangnya melampau kewarasan akal manusia.

Dalam hal bekalan air bersih misalnya, waktu heboh diperkatakan ramai risiko bekalan air bersih akan tergendala, kerajaan negeri pimpinan Khalid pula memusing tumpuan umum kepada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh bagi menafikan keperluan menyiapkan segera projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Sedangkan tujuan dan keutamaan projek tersebut ialah untuk memastikan bekalan air bersih yang sudah dirawat sentiasa mencukupi untuk keperluan penduduk setelah mengambil kira kapasiti semasa loji-loji sedia ada yang semakin kritikal.

Orang ramai termasuklah sepupu sepapat MB Selangor mana ada yang minum dan guna air seharian dari sumber air mentah empangan atau sungai, semuanya sekarang bergantung penuh pada bekalan air bersih yang sudah menjalani proses rawatan di loji-loji rawatan air.

Tak cukup dengan alasan air penuh di empangan dan sungai, untuk mengukuhkan lagi langkah songsang kerajaan negeri menolak pembangunan projek Langat 2, dijadikan pula alasan pembinaan loji baru di Kuala Langat itu akan menyebabkan harga air naik mencanak sehingga 70%.

Sekali lagi ternampak bangang dan tak cerdiknya kepimpinan kerajaan PKR Selangor. Mereka cuba bersandar pada alasan karut yang seakan lojik tapi sebenarnya satu cubaan untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Hakikatnya pembinaan loji Langat 2 tidakpun memerlukan tarif air naik mencanak sedemikian rupa kerana kos pembinaan loji Langat 2 sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Urusan mewartakan tarif air bukannya hak mutlak Kerajaan Pusat. Tanpa persetujuan kerajaan negeri, tiada sesiapa pun yang berhak untuk menentukan tarif air naik atau turun.

Demikian juga soal pemberian air percuma 20 meter padu, sekiranya ia mahu diteruskan juga selepas loji Langat 2 siap dibina, langsung tiada kaitan antara satu sama lain.

Jika rasa kantung kewangan negeri masih mampu untuk menanggung kos ratusan juta RM setiap tahun untuk pemberian air percuma itu, itu terpulang pada budi bicara kerajaan negeri.

Malah apabila sebuah loji baru di Sungai labu dengan keupayaan tambahan merawat dan membekalkan 45 JLH air bersih telah beroperasi Mac lalu dengan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, sampai sekarang pun tidak menyebabkan harga air naik.

Tiadapun penduduk Selangor di sekitar Sepang, Sungai Pelek, Bagan Lalang, Tanjung Sepat serta Kundang yang merungut tarif air mereka berubah naik tiba-tiba sebaliknya masing-masing berasa lega kerana bekalan air bersih semakin terjamin dengan siapnya loji baru itu.

Jelaslah sebenarnya polemik yang dicetuskan oleh kerajaan PKR Selangor dalam isu ini bukan sahaja untuk mengalih perhatian rakyat diatas kesilapan awal kerajaan negeri menolak pembangunan Langat 2, malah ianya satu penipuan nyata untuk menutup kegagalan pimpinan negeri dalam mengurus tadbir amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Monday, 9 July 2012

Lihat MB Selangor Di Maki Oleh Ahli DAP


Baru-baru ini beberapa ahli DAP dikatakan tidak puas hati serta marah dengan tindakan MB Selangor yang dilihat memilih bulu dalam hal surat sokongan su politiknya, Faekah Husin.

Teh Teong Guan yang merupakan SU J/kuasa Perhubungan DAP Parlimen tidak puas hati kerana kes yang sama sebelum ini diambil tindakan tetapi kes Faekah hanya didiamkan sahaja.

Teh berkata, kes ahli Majlis MPK Tee Boon Hock yang dipecat secara rasmi pada 18 November 2009 kerana mengeluarkan surat sokongan terhadap syarikat anaknya sendiri untuk mendapatkan kontrak dari MPK pada 12 Ogos 2008.


Teh dipecat atas alasan melanggar kod etika undang-undang. Faekah bagaimana pula.. Tak nak dipecat ke? Atau khalid Ibrahim ada 'intrest' dengan setiausaha politiknya.. Baru memerintah dah macam-macam salahgunakuasa didedahkan.. Dasyat sungguh pakatan rakyat memerintah..



Katakan Tak Nak kepada Pakatan Rakyat

Setiap sokongan membawa padahhh



Friday, 22 June 2012

WAJIB TONTON: SAYA DAH PENAT DAN SAYA LETAK JAWATAN - RAFIZI RAMLI

PENGAKUAN PANAS DARI ORANG KUAT PAKATAN RAKYAT & PKR MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA EKSEKUTIF PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR.


"Saya dah penat, kerja saya makin hari makin bertambah. Saya bukan 'Superman' tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa"
"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat.Saya tidak pernah berkhidmat lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk bergerak"

Hikhikhikhik... Baru berjuang sikit dah angkat bendera putih.. Kata hebat.. Hero PKRlah konon.. Apa cerita sebenarnya ni Rafizi? Ni kau mesti bergaduh dengan Azmin sebab berebut nak jadi Menteri Besar kan.. Baru pegang jawatan 2 tahun dah kata tak larat.. Baik kau tak payah jadi Politician.. Nak bela rakyat konon, diri sendiri pun kau tak terbela..

SELAMAT TINGGAL PKR..

SELAMAT JALAN PAKATAN RAKYAT..

Monday, 11 June 2012

Selling Land Is The Answer To Free Education?



Selangor Chief Minister, Tan Sri Khalid Ibrahim has stated that the state government is willing to liquidate assets owned by UNISEL to solve the issue of temporarily frozen loan from PTPTN.

If it becomes a reality, there is no doubt that it is the policy for free education from PR. Probably.

This year, they want to sell off 500 acres worth of land, perhaps next year they would be selling all of UNISEL - all for the sake of getting free education, right?

The correct thing is, since the issue of freezing PTPTN to UNISEL only ggives more color to the political arena in this country. seems obvious that providing free education like what was told by PR is only rhetoric.

And when it is frozen, a few opposition leaders seems uneasy.

Back then, PTPTN was hated, now it is missed like crazy. And only by now they are saying how important PTPTN is for students.

Khalid Ibrahim's open statement in wanting to sell UNISEL's land has clearly cracked a secret open where the opposition clearly have no detailed plans for each of their promises.

They simply talk, without thinking and all of their efforts are just to gain attention and popularity.

In this issue, they are pretending that they want to sell some lands and in the case of Yayasan Selangor has proven that there have been lands which have been sold to cronies on the excuse that it did not bring any benefit, what would they want to sell next?

Selling off assets, lands along with other things have been a trademark for PR when they had to face problems.

Let us all hope that it would not be a culture for them when it comes to solving economic issues on the excuse of taking care of children. Things might go bad.

Monday, 28 May 2012

Rakyat WajibTonton Khalid Mengamuk Program Tidak Dapat Sambutan

Bazir duit, kalau macam ini baik jamu anak-anak yatim.. dapat juga pahala.
Di saat majlis hendak bermula
Tetamu jemputan dah datang, tetapi bagaimana pula dengan  peserta?
Belia Negeri Selangor Tolak PR

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

Tuesday, 13 March 2012

GAPS Mahu Suruhanjaya Di Raja Siasat Penyelewengan Di Selangor


SHAH ALAM, 13 Mac – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mempersoalkan matlamat sebenarnya pentadbiran kerajaan DAP, PKR dan Pas Selangor sama ada menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk membela rakyat Selangor atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata,  dari hari pertama Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal.

Malah katanya rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai negeri ini.

“Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada di sebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 2.30 pagi baru-baru ini.

“Skandal pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya kepada rakyat sehingga ke hari ini,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang digelar pengundinya sebagai ‘Raja Pasir’ dalam kenyataannya mendesak agar Datuk Seri Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengannya berkenaan isu pasir.

“Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat. GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang DUN yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.

“Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat skandal-skandal pasir, PKNS, Yayasan Selangor, PKPS, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

“Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang DUN yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...