j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: GAPS Mahu Suruhanjaya Di Raja Siasat Penyelewengan Di Selangor

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Tuesday, 13 March 2012

GAPS Mahu Suruhanjaya Di Raja Siasat Penyelewengan Di Selangor


SHAH ALAM, 13 Mac – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mempersoalkan matlamat sebenarnya pentadbiran kerajaan DAP, PKR dan Pas Selangor sama ada menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk membela rakyat Selangor atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata,  dari hari pertama Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal.

Malah katanya rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini sebaik sahaja pakatan pembangkang menguasai negeri ini.

“Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada di sebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 2.30 pagi baru-baru ini.

“Skandal pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya kepada rakyat sehingga ke hari ini,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie yang digelar pengundinya sebagai ‘Raja Pasir’ dalam kenyataannya mendesak agar Datuk Seri Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengannya berkenaan isu pasir.

“Untuk apa debat ini? Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat. GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang DUN yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.

“Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat skandal-skandal pasir, PKNS, Yayasan Selangor, PKPS, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

“Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang DUN yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...