j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Hoslan Hussin Terainaya?

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday 24 March 2012

Hoslan Hussin Terainaya?


Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan berita seorang haji yang bergelar imam iaitu Hoslan Hussin membaling selipar kepada  hakim selepas kalah kes di Mahkamah Persekutuan.

Siapa sebenarnya Hoslan Hussin ini? Sehingga gerakan yang diketuai oleh Fariz Musa ingin membuat DEMO serta ingin menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong. Hebat sangat ke Hoslan ni?

Cuba kita lihat biodata beliau :-

Bekas Imam Rawatib Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan, Cheras, Kuala
Kad Pengenalan : 660103-08-6171. 
Lahir : Perak 
Alamat Lama : No. 28 Jalan Jujur 3/2 Taman Bakti, Ampang, Selangor. 
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
Isteri : Pn Noorliza Binti Mat Isa (berkahwin pada 6 Ogos 1995) 
Anak : 7 orang iaitu 2 perempuan dan 5 lelaki.
Status Pekerjaan Terkini : Juruteknik Air Sungai di Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. No. 19 Jalan Astaka U8/84, Bukit Jelutung Ind. Park, Shah Alam, Selangor. 


Kronologi sebelum insiden membaling selipar.


Beliau mula dilantik sebagai Pembantu Bilal di Masjid Ar-Rahimah pada tahun 2004. Setelah itu beliau telah diberikan kebenaran oleh Pengerusi Masjid ketika itu untuk tinggal di rumah yang telah diwakafkan oleh pihak MARA kepada Masjid Ar-Rahimah yang dikenali sebagai rumah contoh REDA dengan dikenakan sewa bulanan. Pada tahun 2007, beliau telah memohon jawatan sebagai Imam Rawatib di Masjid Ar-Rahimah. Permohonan tersebut telah diterima oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan beliau telah diberi pentauliahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada bulan Mac 2007.

Pada bulan Mac 2008, pihak DBKL telah mengeluarkan notis untuk merobohkan rumah yang didiami oleh beliau bagi menjalankan projek pembinaan jalan. Pihak pengurusan masjid akur dengan perintah tersebut kerana setelah disemak dengan Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan MAIWP mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan tanah dan rumah tersebut adalah milik Masjid Ar-Rahimah.

Setelah rumah tersebut dirobohkan, Hj. Hoslan bin Hussin telah ditawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh DBKL. Walau bagaimanapun beliau enggan berpindah ke PPR dan telah diberikan kebenaran sementara menduduki sebuah kuaters masjid yang kosong.
Bagaimana dia mula buat perangai?


Ia bermula apabila seorang Imam Rawatib Masjid berkenaan bernama Hj. Hoslan bin Hussin telah ditamatkan perkhidmatan atas beberapa masalah disiplin dan tingkah laku pada 1 Nov. 2008. (Imam Rawatib ialah Imam gantian atau Imam tidak tetap yang dilantik oleh pihak pengurusan masjid dengan tauliah oleh Jabatan Agama Islam. Pentauliahan oleh Jabatan Agama Islam adalah perlu bagi melayakkan Imam Rawatib mendapat elaun tugas). Sehubungan itu, beliau telah diarahkan supaya mengosongkan kediaman beliau beralamat No. 4331-3 Rumah Wakaf Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan bagi tujuan didiami oleh penggantinya. Arahan tersebut merupakan prosedur biasa apabila seseorang itu bukan lagi kakitangan masjid.

Semenjak pemecatan tersebut sehingga kini, Hj. Hoslan bin Hussin telah melakukan pelbagai usaha secara berterusan termasuk mendapatkan sokongan dari arwah Dr Lo` Lo` binti Ghazali - Ahli Parlimen Titiwangsa (MP PAS) agar jawatannya sebagai Imam Rawatib dikembalikan kepadanya dan dapat terus mendiami kediaman tersebut. Sehubungan itu, MP Titiwangsa telah menghantar satu surat kepada Pengarah JAWI bagi menyatakan sokongan kepada Hj. Hoslan bin Hussin dan meminta beliau dikekalkan sebagai Imam Rawatib. Beliau juga bertindak untuk terus tinggal di rumah wakaf tersebut walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak pengurusan masjid termasuk memotong bekalan eletrik dan air ke kediaman tersebut.



Jadi betul ke Hoslan ni TERAINAYA.. Ikuti sambungan pendedahan  KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...