j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: NFC: Undang-Undang Mengatasi Kepentingan Politik

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Tuesday, 13 March 2012

NFC: Undang-Undang Mengatasi Kepentingan Politik


Pendakwaan rasmi telahpun dilakukan ke atas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Walaupun beliau adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, namun status tersebut tidak mampu menghalang proses undang-undang & keadilan dari dilaksanakan.

Soal beliau bersalah ataupun tidak, itu urusan mahkamah yang akan tentukan.
Jika diambil kira dalam konteks penguasaan kerajaan, sepatutnya kes mahkamah yang melibatkan pemimpin BN atau ahli keluarga mereka disenyapkan saja demi nama baik parti & kerajaan.

Tapi perkara sedemikian tidak berlaku kerana bagi kerajaan BN, urusan kehakiman & soal keadilan adalah prioriti yang berada jauh di atas kepentingan politik.

Sejarah membuktikan ramai pemimpin kerajaan & parti yang memerintah jika wujud keraguan dalam sesuatu isu, mereka tidak terlepas dari pendakwaan di mahkamah.

Rekod menunjukkan, belum pernah mana-mana pemimpin kerajaan yang memprotes proses kehakiman ataupun mengadakan rapat umum untuk memberi tekanan terhadap proses keadilan.

Isu NFC sekali lagi menjadi bukti nyata bahawa sejak dulu hingga sekarang kerajaan tidak pernah memilih bulu mahupun mencampuri urusan kehakiman apatah lagi menyalahgunakan kuasa untuk menekan proses undang-undang.

Berbeza dengan kebanyakan pemimpin pembangkang, kerap kali bila di dakwa di mahkamah atas pelbagai kes, mereka akan menggunakan kekuatan politik untuk menekan & mempengaruhi proses pendakwaan & hakim.
Anwar Ibrahim misalnya, apabila menghadapi pendakwaan mahkamah, sudah menjadi kebiasaan baginya mengadakan rapat umum & ceramah politik dengan tujuan memberi tekanan terhadap proses keadilan.

Di masa yang sama Anwar menggunakan teori konspirasi dan meracuni fikiran rakyat supaya meragui proses kehakiman & keadilan.

Akibat dari tindakan Anwar yang tidak bertanggungjawab tersebut, menyebabkan segelintir masyarakat menjadi ragu dengan proses kehakiman, pelbagai khabar angin kemudian tersebar dan demonstrasi jalanan berlaku di mana-mana.

Bayangkan jikalau Anwar & PR menguasai negara, tentu sekali tidak sukar menggambarkan pasti berlakunya manipulasi undang-undang demi kepentingan politik mereka.

Jauh berbeza dengan BN yang menjunjung tinggi proses keadilan & keluhuran undang-undang, tiada pilih kasih dan tidak memilih bulu dalam memastikan keadilan berada di tempatnya.


No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...