j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Anwar Hina Umat Islam, Sokong Filem Innocence of Muslims

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday 27 September 2012

Anwar Hina Umat Islam, Sokong Filem Innocence of Muslims



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menghina seluruh umat Islam ekoran tindakan beliau yang bersetuju bahawa umat Islam menghadapi masalah jiwa apabila mereka membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kenyataan yang bersifat memperkecilkan usaha bantahan umat Islam tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar Britain, The Scotsman kelmarin, jelas memperlihatkan sikap sebenar Anwar walaupun filem Innocence of Muslims itu terbukti telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka.

"Lebih daripada itu, kenyataan itu seolah-olah memperkuat kenyataan sembarangan yang dilemparkan pimpinan DAP yang sememangnya difahami bahawa mereka jahil tentang Islam, apa lagi yang menyentuh soal akidah dan keimanan."

Hasan berkata beliau sangat bimbang jika itulah kefahaman yang dipegang Anwar dan pakatan pembangkang, bayangkan apa yang akan terjadi kepada Islam dan masyarakat Islam sekiranya mereka menerajui negara.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam itu (Innocence of Muslims) mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilapor mempersoal rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dengan merumuskan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pakatan pembangkang telah benar-benar merobek perasaan masyarakat Islam.
"Saya tidak nampak masyarakat Islam boleh mengharapkan sesuatu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain dalam pakatan pembangkang untuk menjuarai isu-isu melibatkan maruah dan martabat Islam,
"Kita (umat Islam) semua sayang dan kasihkan Nabi Muhammad. Apabila video sebegitu jahat ditayangkan, sudah pasti mereka akan marah dan sedih," 

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...