j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Apasal Lah Mahkamah Letak Tarikh Lama Sangat, Anwar, Azmin & Chegubard kan Dah Tak Sabar Nak Masuk Lokap

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday 2 July 2012

Apasal Lah Mahkamah Letak Tarikh Lama Sangat, Anwar, Azmin & Chegubard kan Dah Tak Sabar Nak Masuk Lokap


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; timbalan presidennya Azmin Ali dan seorang lagi pemimpinnya, Badrul Hisham Shaharin berhadapan dengan satu lagi tuduhan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat berkaitan dengan perhimpunan itu, yang diadakan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Pada 22 Mei lalu, Anwar, Azmin dan Badrul meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar dalam mesej Twitter berkata, "satu lagi tuduhan berbaur politik."
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa mereka mengaku tidak bersalah terhadap terhadap pertuduhan tambahan itu iaitu bersubahat dengan R.Tangam, G.Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim bersama
penyokong "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) yang melebihi lima orang telah menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah menetapkan 3 September ini bagi sebutan kes itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh sama bagi kes Rajesh Kumar, Farhan dan Tangam yang didakwa sebelum ini berhubung perhimpunan itu selepas kes mereka disebut hari ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan satu lagi pertuduhan terhadap Anwar, Mohamed Azmin dan juga Badrul Hisham.
Anwar, 64, Mohamed Azmin, 48 dan Badrul Hisham, 34 sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang pada 28 April, di sepanjang Jalan Tun Perak di sini dan didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.
Bagi pertuduhan itu, mereka bertiga didakwa bersama dengan penyokong-penyokong "Gabungan Bersih dan Adil" yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April lepas, dan keingkaran itu mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...