j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: MOHON SEBARKAN : BANTUAN UNTUK ADIK DAMIA

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday, 16 June 2012

MOHON SEBARKAN : BANTUAN UNTUK ADIK DAMIA




Bermula dengan kehilangan ibunda yang tercinta dan disusuli dengan perkhabaran yang mendebarkan mengenai nasib kedua-dua anak kembar yang sedang dikandung oleh isterinya, Norazlina Jaafar, tubuh Basir masih tetap steady berisi tanpa sedikit susut…

Anak kembar itu merupakan cahaya mata kedua yang bakal ditimang oleh Basir dan Ina selepas dikurniakan anak yang comel, Zahra yang kini sudah menjangkaui usia 3 tahun..

Dek kerana berdepan dengan masalah kesihatan (ape entah, aku dah lupa), salah seorang daripada bayi kembar dalam kandungan Ina meninggal dunia ketika janin itu hanya berusia dalam kira-kira 6 bulan…maka, tanpa perlu berlengah, bayi yang tidak bernyawa lagi itu perlu dikeluarkan dan serentak dengan itu, ia turut membabitkan seorang lagi kembar dalam perut Ina..

Umur bayi yang masih belum mencapai umur matang untuk dilahirkan mungkin berdepan dengan pelbagai masalah yang sememangnya mengundang rasa gerun pada mana-mana ayah dan ibu..dan ia turut dirasai oleh Basir dan Ina ketika berdepan dengan situasi tersebut..

Demi menyelamatkan seorang lagi kembar, pembedahan segera perlu dilakukan dan syukur, ia selamat dilakukan..Nur Iman Damia selamat dilahirkan dengan berat 1.62 kg dengan usia masuk 7 bulan setengah di HUKM…masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di HUKM dengan bertemankan mesin bantuan pernafasan, doktor yang bertanggungjawab menunggu insan kecil itu mencecah berat badan sehingga 2.6kg sebelum ditukarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan jantung..

Alhamdulillah, sehingga kini Nur Iman Damia sihat, bernafas dengan baik dan mula bertambah berat badan..menunggu saat hari untuk ditukarkan ke IJN…

Kepada yang sudi menghulurkan bantuan untuk meringankan beban Basir dan Ina, boleh salurkan derma anda ke dalam akaun ini. 114253446156 (Maybank)….seperti yang tertera dalam gambar di atas..sesama kita beringat-ingat..hari ini, hari mereka, esok lusa mungkin tiba hari kita…

Mendoakan yang terbaik untuk keluarga Basir dan Ina..Moga terus tabah kawan aku yang besar ini dalam menempuh ujian Tuhan..ketahuilah, anda orang yang bertuah dipilih oleh Tuhan untuk terima ujian ini… 

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...