j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Part 2 Siri Ceramah Anwar di NS: Merdeka rakyat atau Merdekakan anwar?

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday 2 June 2012

Part 2 Siri Ceramah Anwar di NS: Merdeka rakyat atau Merdekakan anwar?

Pilihanraya Umum ke -13 yang bakal berlangsung bila-bila masa membuatkan parti pembangkang kian terdesak untuk mencari sokongan undi dari kawasan pendalaman. Malam tadi bertempat di Taman Desa Puteri, Bahau Anwar Ibrahim dijemput untuk menyampaikan ceramah dan merasmikan bilik gerakan pakatan rakyat di DUN Jeram Padang.
Hasrat pembangkang untuk melihat ribuan penyokong hadir tidak kesampaian kerana bilangan yang hadir tidak begitu ramai walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang. Ini membuatkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan bolehlah bersiap sedia untuk mengadakan kenduri arwah untuk parti mereka kerana tidak mendapat sokongan dari penduduk setempat.


Seperti biasa Anwar menaburkan janji-janji manis  ingin menghapuskan pinjaman PTPTN, ingin membantu rakyat tetapi masih ingatkah kita pada tahun 2009, pakatan rakyat baru sahaja memerintah di beberapa negeri dan dengan kegilaan kuasa, mereka telah menutup tadika-tadika kemas yang beroperasi di negeri jajahan mereka. Inikah yang dikatakan Pendidikan Percuma?

Apa salah kanak-kanak ini?
Inikah yang dikatakan ingin membantu rakyat? Itu baru dibeberapa negeri mereka tadbir, bayangkan jika mereka menawan Putrajaya? Adakah perkara sebegini tidak akan berulang? Di Kedah tanah surau yang diwakafkan pun sanggup mereka ingin merobohkan untuk membina hotel dan pasaraya. Apabila dengan kuasa yang  ada tidak mustahil dari perasaan merendah diri bertukar menjadi seorang yang bongkak dan gila kuasa.

"Rakyat seharusnya membuka mata dan dapat memahami sikap mereka ini kerana tiada lagi lagi orang lain yang dapat menentukan nasib anak-anak kita kelak melainkan kita yang akan mengundi pada PRU 13 nanti"
Merah : Nantikan sambungan siri ceramah Anwar pada malam ini...


No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...