j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Sultan Ibrahim Sebak

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday 11 June 2012

Sultan Ibrahim Sebak


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebak ketika menyampaikan titah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di perkarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.


Sambil menitiskan air mata, Sultan Ibrahim bertitah tidak akan melupakan hari ini yang dianggap amat bersejarah.

Dalam titah di perhimpunan yang dianjurkan oleh Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung) itu juga, Sultan Ibrahim turut menegaskan menjadi amanah kepada baginda sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat negeri ini.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ikrar taat setia yang dilafazkan dan ucapan sayang kepada saya. Saya tidak akan melupakan hari ini yang amat bersejarah.

No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...