Nampaknya, tafsiran 'kejayaan' oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.
Namun, himpunan ini tetap diwar-warkan mereka sebagai 'berjaya'. Mungkin mereka menggunakan program yang sama sepertimana yang digunakan oleh DAP dalam pemilihan CEC parti itu yang menggunakan matematik tidak logik sehingga mendapati bahawa angka 45,000 adalah bersamaan dengan 1 juta.
Perlu diingatkan, bahawa sebelum himpunan berlangsung, puak-puak PR telah terlebih dahulu mewar-warkan kononnya, terdapat 10,000 polis baru direkrut khas untuk membuat kacau dan menyamar menjadi peserta. Jika ini benar, maka angka sebenar jumlah peserta hanyalah 35,000.
Bagaimanapun, media pro-PR terus mengkelentong penyokong mereka dengan memaparkan gambar-gambar superimpose serta jarak dekat yang memperlihatkan seolah-olah jumlah peserta begitu ramai. Ada juga yang cuba bermain logik matematik dengan mengira ruang sekaki persegi berbanding kawasan perhimpunan dan memberikan jumlah menghampiri 700,000 orang. Kiraan ini, walaubagaimanapun tidak mengambil-kira keluasan dan kapasiti stadium.
Faktanya, kapasiti tempat duduk staduim hanyalah 25,000. Jika dicampur dengan yang berdiri termasuk di tengah padang yang seluas 50ribu kaki persegi, dibahagi dengan 2 kaki persegi keluasan yang diperlukan untuk seorang individu bersaiz sederhana berdiri tegak, maka paling ramai mungkin terdapat lebih kurang 10,000 – 15,000 lagi. Di luar stadium pula, hanya satu bahagian sahaja yang menyaksikan peserta yang ramai, dan dalam perimeter beberapa puluh meter sahaja dari stadium, yang mana dianggarkan hanya mampu mendapat kiraan dalam 5,000 – 10,000 orang sahaja.
Justeru, anggaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis adalah lebih munasabah iaitu 45,000 orang.
Daripada jumlah ini, hanya terdapat lebih kurang 8% kaum Cina dan 2% kaum India yang berjaya dikelentong. Selebihnya, semuanya adalah Melayu PAS dan PKR yang terpaksa membawa lambang DAP dan sepanduk berbahasa Cina bagi mengkelentongkan diri sendiri kononnya kaum Cina juga ramai yang 'terkelentong'.
Apa yang kurang jelas dari himpunan ini ialah tujuan ia diadakan. Kononnya, ia untuk menuntut PRU bersih, menuntut professionalisme kakitangan awam, menuntut Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan entah apa-apa lagi. Tetapi, entah kenapa pemilihan parti sendiri yang jelas kotor dan tidak professional tidak pula menjadi isu. Dan entah bila pula DAP bersetuju untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan sedangkan kepala surat rasmi kerajaan Selangor juga menyaksikan bahasa Mandarin diangkat setaraf.
Sebenarnya, pemimpin-pemimpin PR telah menjangkakan jumlah ini, kerana itulah mereka memilih Stadium Merdeka yang jauh lebih kecil bagi mengelak ia kelihatan kosong. Jika dibanding dengan perhimpunan ulang tahun UMNO baru-baru ini yang menyaksikan 100,000 orang di Stadium Bukit Jalil, maka jumlah RAKYAT yang menyertai HKR adalah jauh lebih rendah dari jumlah ahli UMNO.
Walaubagaimanapun, melihat dari komen-komen penyokong PR di media sosial, nampaknya 100% daripada mereka telah benar-benar percaya dengan apa saja dikelentongkan oleh pemimpin dan media mereka mengenai HKR ini.
Oleh itu, jika tujuan HKR ini adalah untuk kelentong, maka ia wajar dikatakan sebagai berjaya dengan cemerlang sekali kerana walaupun hanya 4.5% dari penyokong PR yang turun berdemonstrasi, tetapi habis satu Malaysia dan seluruh dunia berjaya dikelentong oleh PR kononnya mereka ramai penyokong, sedangkan hakikatnya, untuk mendapat 10% dari sasaran 1 juta pun tidak terdaya.
Sent from my BlackBerry® smartphone
Sebelum HKR #KL112 saya dan ahlikeluarga saya memang sokong PR & dah merancang utk undi PKR/PAS pd PRU13 nnti(DAP sorrylah). Tetapi sejak akhir2 ini apabila pemimpin PAS & pemimpin Islam dlm PKR 'bengong dan bangang' dlm isu kalimah Allah, ditambah pula pemimpin PR BERBOHONG ttg jumlah kehadiran HKR #KL112,iaitu Mat Sabu & bbrp pemimpin PR lain mengatakan 1 juta akan hadir, saya teruja utk hadir HKR #KL112. Awal pagi 12.1.13 saya dah sampai Stadium Merdeka, saya nak lihat sendiri benar2kah berlaku kebangkitan rakyat. Malang sekali yg hadir kira2 50K org shj, maka terfikir oleh saya PR hanya mampu melaung2kan sesuatu yg lebih tinggi dari kemampuan sebenar & lebih syok sendiri mengatakan majoriti rakyat sokong PR (sepatutnya mrk bercakap atas realiti, katakn nak menghimpun 30K, sbb kapasiti Stadium Merdeka lebih sesuai pd jumlah itu). Begitu juga dgn yakin pemimpin PR mengatakan akan tawan Putrajaya pd PRU13 nnti, AMAT YAKIN sekali bunyinya. Hujung Disember 2012 sy balik kampung di utara & berkesempatan lepak di warung popular yg dihadiri oleh pemimpin kecil PR, mrk jg CAKAP BESAR (sama mcm pemimpin tinggi PR) mengatakan PR dgn mudah akan tawan Putrajaya. Yg bercakap tu pun saya kenal kperibadian mrk, maklum kawan sama sekolah (banyak negatif drp positif), bila ada yg sanggah mrk, mrk terus melenting & mengatakan semuanya akan terbukti apabila 1 juta org akan berhimpun di KL pd 12hb nanti (maksudnya HKR #KL112). Apa ni, tak boleh disanggah langsung. Nyata di sini, belum memerintah dah takbur dan riak. Akhirnya hati dan fikiran saya mengatakan pemimpin PR ni banyak berbohong, cakap ikut sedap mulut, tak pernah menilai dan menganalisa sokongan rakyat kpd mrk, mrk fikir bila org diam & mendengar cakap mrk, itu dah dikira sokong mrk. Sebenarnya yg mendengar tu berfikir & menilai kemampuan sebenar PR. Setelah melihat realiti bbrp insiden, saya perlu berbincang dan kaji dulu dgn ahli keluarga saya, wajarkah mengundi PR, ATAU undi BN ATAU tidur/tonton TV shj di rumah semasa PRU13 nnti. FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI. Suatu pandangan ikhlas dr saya sbg warga Malaysia yg mahukan anjakan kpd negara yg lebih telus, adil dan wibawa.
ReplyDelete