j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Orang dalam Pakatan Rakyat akui PRU13 mereka kalah

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday 9 April 2012

Orang dalam Pakatan Rakyat akui PRU13 mereka kalah

MALAPETAKA PRU13 JIKA PAKATAN RAKYAT TIDAK TUNAIKAN JANJI PRU12

Kata-kata diatas itulah yang dipetik oleh portal pembangkang klik sini. Pelbagai janji ditabur termasuk bulan dan bintang dilangit jika mereka dapat memerintah kerajaan.. 

Tetapi kerisauan oleh pihak dalaman tidak dapat dibendung lagi kerana mereka merasakan Pakatan Rakyat kini telah ditolak oleh rakyat berikutan tidak memenuhi janji-janji mereka pada PRU12 yang lepas.

Kini Anwar Ibrahim yang dianggap pemimpin paling suci oleh Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan pinjaman PTPTN. Boleh ker dilupuskan? Atau sekadar ingin meraih sokongan dari pengundi muda?

Korang lihat jika PTPTN dihapuskan ianya melibatkan hutang sebanyak 43 billion. Jumlah yang agak banyak!! 

Jika dilupuskan, bagaimana pula dengan nasib pelajar-pelajar baru? Dimana pula mereka hendak dapatkan pembiayaan/pinjaman bagi meneruskan pelajaran?

Anwar Ibrahim menjanjikan pembiyaan percuma untuk pelajar-pelajar U,IPT,IPTA.. Sekadar janji bolehlah.. Melaksanakan boleh ke?

Kalau dilihat baru-baru ini Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar gagal ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dahulu.. So.. Boleh percaya ke dengan orang yang diberi gelaran oleh Mat Sabu sebagai Anwar Al-Juburi ni?

Sibuk nak hapuskan hutang PTPTN, tetapi janji PRU12 yang lepas pun tidak ditunaikan lagi.. PIGIDAH!!!

Jom lihat video Anwar Super 007 ni..


No comments:

Post a Comment

Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...