j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: DAP BAKAL KUBURKAN PAS

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Monday, 13 May 2013

DAP BAKAL KUBURKAN PAS



Tiga bulan lalu di Banggol Peradong, Terengganu Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawasanya PAS akan mengambil tindakan keluar dari PR seandainya kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu Islam.

Kenyataan itu dinyatakannya semasa berucap dalam program PAS Ganti UMNO di hadapan penyokong PAS dalam usahanya meyakinkan khalayak bahawa PAS masih dominan dalam PR serta mempunyai kemampuan untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai suara rasmi orang Melayu Islam.

Besar angan-angannya tinggi melayang tak mencecah bumi. Tapi itulah perwatakan PAS sejak dulu hingga kini yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri.

Sehingga kini kenyataan gah Presiden PAS itu masih tergiang-giang di telinga ahli dan penyokong mereka, lebih-lebih lagi setelah keputusan dalam PRU-13 baru-baru ini menunjukkan bukannya PAS yang mendominasi PR sebaliknya DAP yang semakin menguatkan dominasinya.

Dengan kedudukan PAS tika ini yang hanya memiliki 21 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR masing-masing menguasai 38 dan 30 kerusi, ia jelas menunjukkan PAS hanyalah parti kelas ketiga dalam PR yang hanya mampu menjadi pak sanggup untuk DAP dan PKR.

Dalam keadaan demikian, jangan kata nak PAS ganti UMNO, hatta nak mengatasi DAP pun tak termampu dengan kudratnya yang sekelumit itu.

Lebih mendukacitakan lagi daripada 89 wakil Parlimen dalam PR hanya 37 orang sahaja terdiri dari kalangan Melayu Islam (21 PAS, 14 PKR dan 2 DAP). Keadaan ini meletakkan suara orang Melayu Islam dalam PR hanyalah suara minoriti dan PAS terpaksa terus tunduk kepada kuasa politik non-muslim dalam PR yang dikuasai DAP.

Penyokong PAS di kala ini masih ternanti-nanti apa tindakan pemimpin PAS seterusnya setelah mengkaji kesan-kesan disebalik keputusan PRU-13, ramai di kalangan mereka yang agak cuak melihat dominasi besar-besaran DAP dan non-muslim dalam PR.

Sebelum PRU-13, ketika PAS dalam keadaan sedikit kuat pun parti itu sudah kerap mengalah kepada DAP sehingga gagal mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini kekal menjadi dasar PR untuk dinodai dalam kitab Bible, bayangkan pula apa yang mampu DAP lakukan dengan kekuatannya sekarang.

Tidak syak lagi, PRU-13 merupakan titik tolak penting yang akan menentukan hidup mati pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam yang selama ini merupakan pasak kekuatan parti itu. Silap perkiraan yang diputuskan, kelak akibatnya boleh jadi bakal menjahanamkan PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...