j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: October 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Wednesday, 31 October 2012

KANTOI!!!BUDAK BONGGOK UPAHAN ANWAR BANGANG YA AMAT


Bangang betul budak ni!!! Macammana lah budak ni boleh pogang jawatan Pengarah Strategik PKR.. Jual jubo kek Anwar agaknya..

Kalau setakat pogang jawatan bosar, tapi dalam ceramah tak boleh tarik crowd lobih dari 500 orang.. pegi jalan lah... Ogah jo lobih budak ni...

Sodap tokak dio jo bercakap yang kerajaan NS menyerahkan tanah milik kerajaan kepada orang lain atau syarikat swasta... Budak ni nak kono saman macam kes Sharizat tu agak ehh....

Meh kito nengok penjelasan dari YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan mengenai tuduhan yang tak berasas dari Rafizi Ramli :-

Tanah hutan simpan di negeri ini masih lagi milik Kerajaan Negeri dan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu mahupun syarikat lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah hutan kepada orang lain adalah tidak berasas.
Menurutnya, sejak pentadbirannya,  semua tanah hutan simpan yang dikeluarkan adalah di bawah seliaan Yayasan Negeri Sembilan dan tidak pernah diberikan kepada mana-mana pihak luar.
“Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.
“Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan rancangan tersebut kerana Kerajaan Negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan,”
Mohamad berkata, Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.
Menurutnya, setiap tahun Kerajaan Negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar sahaja yang digunakan daripada 4,800 hektar.
“Tidak timbul soal tanah hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang,”
p.s: apa citer kes rafizi kono terminated/pocat oleh petronas sbb buat claim palsu.. nyap jer... kawtim ker? abg2 SPRM poielah siasat.. itu dah kes pocah amanah dah tu...



Tuesday, 30 October 2012

Apa Yang Azizan Buat Di Kedah? Cuba habaq mai...

Azizan MB Yang Tidak Tahu Apa-apa

Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih.   Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi.    Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah.   Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan ‘kehilangan arah’ akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah.   Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea.  Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari  luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah.   Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap.

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti.

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar.  Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan.  Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT.   Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri.

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis.  Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor.  Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak.  Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.  

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya.   Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang ‘pelik-pelik’ ini adalah bermula ketika pemerintahannya.

Sudahlah projek yang ‘diluluskan’ tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga.   Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya.  Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah.   Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan.  Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut.  Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah.

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan.   Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu.  Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit.

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu.  Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu.

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya “Apa yang Azizan buat di Kedah?” Maka jawapan rakyat Kedah ialah “Azizan buat tak tau”.  

Thursday, 25 October 2012

Pakatan Rakyat Hadapi Sindrom



PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA 
Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam'  dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.

Monday, 22 October 2012

Lee Chong Wei Tewaskan Du Pengyu Untuk Merangkul Kejuaraan Terbuka Denmark



Jaguh perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei meraikan hari jadinya yang ke-30, semalam dengan merangkul kejuaraan Terbuka Denmark 2012 Siri Super Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

LCW menewaskan pilihan ke 7, Du Pengyu 15-21,21-12,21-19 dalam masa 71 minit.. Syabas Datuk Lee Chong Wei.. We Proud Of U

Sunday, 21 October 2012

Dato' Seri Najib Gesa Rakyat Bersama-sama Bantu Golongan Yang Memerlukan


Rakyat Malaysia perlu menunjukkan kemuliaan hati mereka dengan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam
Perdana Menteri berkata semua rakyat Malaysia wajar menikmat kehidupan yang lebih baik.

"Mereka memerlukan tempat berlindung, peluang untuk maju dalam hidup, serta mendapatkan pendidikan berkualiti.

"Mereka mahu diberikan peluang untuk mempelajari kemahiran baru agar mereka mampu mendepani cabaran baru yang kita akan hadapi," kata beliau pada sambutan ulang tahun ke-15 Ti-Ritana Welfare Society di sini semalam.

Namun Perdana Menteri berkata bukan setiap orang mampu memenuhi keperluan itu oleh kerana ramai yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan.
"Amalan baik dilakukan mereka yang mempunyai hati mulia dan kebijaksanaan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pertubuhan amal dan kebajikan di negara ini kerana telah memberi sumbangan besar membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan," katanya.
Najib berkata semua agama mengajar dan memupuk keamanan dan kasih sayang terhadap warga negara.
"Tidak kira apa agama yang anda anuti, saya selalu yakin bahawa terdapat nilai sejagat yang diperkongsi oleh semua agama utama di negara ini.
"Nilai seperti kejujuran, keikhlasan, kasih saya, kesederhanaan, tolak ansur adalah semuanya nilai sejagat yang, jika kita amalkan, kita akan dapat membentuk sebuah masyarakat dan bangsa Malaysia yang sesungguhnya tidak saja bersatu tetapi juga dapat menegakkan prinsip keadilan sosial," kata beliau.
Najib berkata cabaran adalah besar dalam sebuah masyarakat pelbagai budaya dan agama di Malaysia tetapi kerajaan telah dapat memajukan negara dengan begitu baik.
"Kita telah dapat menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun menghadapi cabaran sedemikian, kita dapat memajukan negara ini dengan aman dan harmoni.
Inilah yang kita panggil cara Malaysia," kata beliau.
Najib berkata banyak negara lain mahu belajar dari Malaysia dan mencontohi cara Malaysia ini.
"Jika negara-negara lain dapat menghargai apa yang ada pada kita hari ini, maka rakyat Malaysia harus menyanjungi dan memupuk keamanan di negara kita,"

Friday, 19 October 2012

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan




Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

Thursday, 18 October 2012

PENGUNJUNG CERAMAH PAKATAN RAKYAT DIROMPAK! MANA PETUGAS KESELAMATAN



Kesian sey tengok pakcik-makcik, abang2 & adik2 yang hadir dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh pakatan rakyat.. Ditipu bulat-bulat oleh mereka yang dahagakan kuasa memerintah di Putrajaya..


Dalam setiap ceramah yang dianjurkan, hadirin diminta untuk menyumbangkan sumbangan ikhlas kononnya untuk membantu gerak kerja bagi setiap cabang dan ranting menjelang Pru13..  Tapi pernah ker kita tanya dimana perginya kesemua duit itu.. Betul ker digunakan ke jalan yang sepatutnya.. atau terus masuk ke kocek/kantung poket sendiri??? Den nak tanya, pernah kah mereka ini ‘declare’jumlah kutipan kepada ahli?

Dilaung-laungkan nak tolong rakyat tapi apahal sampai sanggup merompak duit rakyat!!! Itu belum lagi mentadbir kerajaan Malaysia… Kalau dh tadbir, lagi teruk rasanya.. silap haribulan boleh jadi muflis Malaysia agaknya..

Bayangkan.. setiap ceramah paling kurang dijemput minimum 3 prang penceramah.. dari sumber yang diperolehi.. kalau level artis paling kurang 1 ceramah mereka dibayar 2 ribu seorang.. kalau 3 dah 6 ribu.. dalam sebulan tak mustahil ada 20 ceramah di dalam semenanjung.. 6 ribu x 20 = RM 120,000.00.. Uiskhhhh… bosar juga angko eh… dasyat sungguh.. cuba korang piker berapa agaknya collection diorang sebulan..

Pernah ker kita tanya dan fikir dari mana datangnya duit Anwar beli ‘Bas Mewah’ yang dibawa kehulu ke hilir.. Darimana datangnya duit Azmin Ali sehingga boleh berbelanja mewah membeli rumah besar, kereta mewah dsgnya.. Kalau ikutkan elaun & gaji seorang ahli parlimen.. mereka tak mampu berbelanja sebegitu..


Lagi satu eden ni heran betul dengan orang2 yang totok betul dengan pembangkang ni.. kalau apa yang diperkatakan oleh penceramah.. dipercayanya bulat2.. tak pernah nak buat semakan.. betul ke tak ker… baik penceramah dari pas, dap dan pkr.. mereka ni hebat melancarkan fitnah dengan harapan dapat meraih undi setempat.. sbg contoh.. pasal kes scorpene dan mahkamah Perancis.. sekarang ni siapa yang tebal muka? Siapa yang malu? Allah tu maha adil.. Setiap pembohongan akhirnya terbongkar jua.. sedap jer depa ni nak menabur fitnah.. depa lupa ker.. dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh orang…

Bukalah mata.. bukalah minda.. apa yang kita tidak kecapi sekarang.. Bersyukurlah kita dengan kepimpinan yang ada sekarang.. janganlah membuat kesilapan sepeti Pru 12 yang lepas.. Lihat sahaja di beberapa negeri yang pakatan dapat mentadbir.. Dimana segala janji mereka? Ingatkah kita bagaimana mereka sanggup menutup tadika2 kemas yang terdapat di negeri Selangor dan Penang.. Tak kesian ke kita dengan mak bapak pelajar tadika tersebut.. dah tentulah mereka tidak mampu untuk ke tadika swasta.. Lihat bagaimana mereka membunuh/menutup peniaga-peniaga melayu.. Lihat bagaimana mereka  sanggup hendak merobohkan sebuah surau yang mana tanah tersebut diwakafkan bagi membina hotel dan pasaraya..

Sekarang giat diperkatakan yang pakatan rakyat ni mendapat sumber/dana dari negara luar.. Baik sungguh diorang ni bagi depa ni duit.. Tak mustahil jika wujudnya perjanjian bagi menyalurkan dana tersebut.. Kesudahannya.. kalau mereka ni mentadbir.. habislah segala wang dan asset kerajaan mereka lelongkan bagi membalas budi yang telah dimakan.. Akhirnya rakyat yang sengsara akibat perbutan mereka ini..




Wednesday, 17 October 2012

Bajet PR Oleh Bang Nuar J dan Nik Ajis



Bajet PR Ketepikan Islam
Pembentangan Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit semalam telah mendapat sambutan positif semua pihak.  Secara tidak langsung, ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional.   Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.

Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah, cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa.  Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.

Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.  

Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana Pakatan Rakyat, Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara.

PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini.   Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad, termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.

Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh, apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain?

Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja.  Malah, telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit, bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains, astronomi, matematik dan lain-lain.  Oleh itu, adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara.

Manakala pembangunan agama pula tidak semestinya berkisar mengenai ibadah seperti zakat atau haji, tetapi secara menyeluruh iaitu merangkumi membanteras kemiskinan yang mana membawa risiko ‘kufur’ di kalangan ummah yang boleh diterjemahkan kepada masalah sosial dan jenayah yang meningkat.  

Walaupun begitu, Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya:

1.      Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri

2.      SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat

3.      Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

Namun, sebenarnya ini tidak perlu pun dihebohkan kerana telah menjadi prinsip BN menjunjung tinggi perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah berkenaan Bajet PR mahupun kritikan PR terhadap BN yang tidak konsisten dengan imej yang ingin dibawa mereka.  Mungkinkah penyokong-penyokong PR benar-benar terlepas pandang bahawa PR langsung tidak menyebut mengenai pembangunan Islam di dalam Bajet Alternatif yang dibentangkan mereka?

Ini tidaklah mengejutkan kerana PR tidak pernah mewar-warkan pendirian untuk memperkasakan Islam jika mereka memerintah tetapi telah dengan tegasnya membuat kenyataan untuk menyamaratakan atau bersifat adil kepada semua kaum dan agama.

Kerana itu, PR tidak berani memasukkan ‘klausa’ Islam di dalam Bajet mereka.  Pembangunan masjid, pendidikan Islam mahupun dana untuk pembangunan Islam langsung tidak diberi perhatian.  Apatah lagi program jangka panjang untuk kemajuan umat Islam.

Justeru, kritikan mereka terhadap BN amatlah melucukan kalaupun tidak memualkan.   Apatah lagi, apabila PR diketahui didokong oleh SUARAM dan BERSIH yang menjadi agen penyebaran fahaman liberal.   Mana mungkin PR memperuntukkan Bajet untuk pembangunan Islam sedangkan di masa yang sama menerima bantuan rangkaian-rangkaian Yahudi, para pendokong liberalisme yang radikal?

Monday, 15 October 2012

Pembohongan Pembangkang Dalam Isu Kapal Selam Scorpene


ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.




Wednesday, 3 October 2012

Kadar TOL Lebuhraya Turun..



Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Kuala Lumpur ke Seremban akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 60 sen apabila persimpangan bertingkat baru Plaza Tol Seremban siap.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata dengan pengurangan itu, pengguna hanya perlu membayar RM6.60 berbanding kadar semasa RM7.20.

Pengurangan itu adalah kerana jarak perjalanan Kuala Lumpur-Seremban menjadi lebih singkat dengan wujudnya persimpangan bertingkat bernilai kira-kira RM116.7 juta itu, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Biasanya kutipan tol mengikut kadar sedia ada iaitu 14.9 sen bagi setiap km dan ia mengikut jarak dibenarkan. Jadinya RM7.20 ini (harga sebelum ini) jarak yang mereka gunakan untuk pergi ke Seremban (jarak dari Kuala Lumpur ke Seremban).

“Selepas persimpangan bertingkat baru siap, plaza ini akan ditol dari Kuala Lumpur ke Seremban RM6.60 iaitu bermakna ada pengurangan 60 sen dari kadar biasa kerana jarak kurang,"


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121003/dn_20/Tol-ke-Seremban-kurang-60-sen-apabila-plaza-baru-siap#ixzz28EjeZITs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lepas Rafizi Kantoi, Akhbar Suara Keadilan Pula Menipu Rakyat

Akhbar Suara Keadilan Menipu Lagi 
Tidak lama dahulu blog-blog pro-kerajaan ada mendedahkan strategi pilihanraya Pakatan Rakyat yang dibocorkan oleh sumber dalaman parti tersebut.   Jika ada pembaca yang masih ingat, antara strategi utama PR menjelang pilihanraya ialah menyerang Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggambarkan beliau sebagai boros, sombong dan buruk tingkahlaku.


Dan nampaknya, walaupun strategi tersebut telah pun bocor, PR tetap menggunapakainya kerana ketandusan isu yang ‘valid’ untuk menyerang kerajaan.   Maka, Datin Seri Rosmah pun dijadikan isu utama oleh media-media pembangkang walaupun sebenarnya tiada isu.

Baru-baru ini akhbar Suara Keadilan sekali lagi mengitar semula pembohongan kononnya Datin Seri Rosmah membeli-belah lagi dengan menggunakan wang rakyat.   Tidak serik apabila terkantoi dengan tuduhan cincin RM24 juta yang sebenarnya dibawa ke Malaysia untuk pameran, kini PR menurunkan pula harga penipuan kepada RM2.5 juta bagi sebuah jam tangan Datin Seri Rosmah dan RM500,000 bagi sepasang subang beliau, seperti yang tertera dengan tulisan besar di muka belakang Suara Keadilan.

Yang peliknya, di muka 31 akhbar tersebut faktanya terbalik pula di mana ia menyebut,  “Rosmah dilapor memakai subang bernilai RM2.5 juta dan jam tangannya dianggar bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000.”

Lebih pelik lagi apabila di dalam media alternatif PR, hanya jam tangan yang dipertikai iaitu berharga RM350,000 dan kisah mengenai subang tidak pula digembar-gemburkan.

Kecelaruan fakta ini saja sudah cukup menunjukkan bahawa kisah ini sengaja diada-adakan mengikut ‘sedap rasa’ si penulis.

Entah kenapa kisah mengenai subang kurang dimainkan berbanding jam.  Mungkinkah kerana menyedari bahawa kisah mengenai subang akan menyebabkan mereka terkantoi lagi sekali?

Jika takut kisah subang terkantoi kerana ia tidak benar, maka kisah mengenai jam juga sama kerana Datin Seri Rosmah tidak pernah berbelanja sedemikian besar hanya untuk sebuah jam.  Tetapi beliau ada mengakui ada menerima hadiah jam tangan mewah dari pihak tertentu dalam salah satu lawatan beliau ke luar negara, sepertimana kelaziman seorang VIP.

Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana seorang bekas banduan seperti Anwar Ibrahim juga pernah mengakui menerima hadiah jam tangan Omega dari pihak tertentu.

Desakan PR agar Datin Seri Rosmah mengisytihar harta amatlah melucukan kerana pemimpin PR sendiri enggan mengisytihar harta walaupun diselubungi persoalan dari rakyat tentang dari mana datangnya kereta Ferrari Azmin Ali atau wang untuk Anwar dan keluarga keluar negara beribu-ribu kali setahun?

Jika setiap perbelanjaan Datin Seri Rosmah dikatakan ditanggung oleh kerajaan atau rakyat maka bagaimana pula dengan perbelanjaan pemimpin PR tersebut?  Apakah mereka selama ini bermewah atas wang kerajaan atau rakyat Selangor?  Atau wang Soros?  atau wang Yahudi?

Tidak seperti perbelanjaan rasmi Datin Seri Rosmah yang terikat kepada peraturan dan kelulusan kabinet,  perbelanjaan pemimpin PR tidak terikat kepada apa-apa peraturan atau kelulusan.   Oleh itu, adalah mustahil bagi Datin Seri Rosmah untuk ‘mencekau’ wang kerajaan atau wang rakyat untuk perbelanjaan peribadi, tetapi sebaliknya pemimpin PR tidak mustahil berbuat demikian.  

Malah, PR juga tidak pernah menyembunyikannya dan langsung tidak merasa bersalah menggunakan wang rakyat Selangor untuk membayar kos guaman pemimpin mereka yang bersifat peribadi.  Untuk ini, kita tidak pasti apa yang tertulis di dalam laporan audit kerajaan Selangor bagi kos guaman peribadi tersebut, tetapi yang pastinya ia telah diumumkan sendiri oleh Menteri Besar.

Dengan itu, tidak usahlah PR terus cuba memburuk-burukkan Datin Seri Rosmah dengan cuba menyamakan beliau dengan Imelda Marcos atau mana-mana isteri Ketua Negara yang boros.  Sesungguhnya, BN mengurustadbir kewangan negara dengan professional dan tiada sesiapa dari mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan isteri yang boleh menggunapakai wang negara sesuka hati.

BN tidak pernah mengurustadbir negara cara PR iaitu mencampuradukkan peribadi, politik dan kerajaan negeri.  Buktinya, ekonomi negara berada dalam keadaan kukuh dan berkembang dengan selesa.  Tidak mungkin rekod ekonomi negara ini begitu baik jika benar kewangan negara tidak diurus dengan baik.

Justeru, strategi memburukkan Datin Seri Rosmah sebagai boros dan menghabiskan wang rakyat adalah strategi bodoh.  Strategi ini hanya menyerlahkan betapa BN telah berkhidmat dengan cemerlang sehinggakan PR ketandusan isu untuk menyerang dan terpaksa merekacipta isu yang tidak signifikan bagi menghadapi pilihanraya.

Tuesday, 2 October 2012

Mazlan Pengerusi ANAK Di Saman Oleh Azalina Pengerang


Tu lah Mazlan Aliman oiii... Cakap jangan sebarang cakap... Padan muko kau tu.. Budak ni memang gomar buek fitnah... Azalina tak payah lah nak bertolak ansur dengan budak ni.. Saman jer terus.. Biar dia terkangkang.. 

Petikan :-
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman hari ini menggesa Pengerusi Perasatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (Anak), Mazlan Aliman memohon maaf secara terbuka kepadanya berhubung laporan media mengenai penglibatan dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Menurutnya, kenyataan Mazlan adalah berbaur fitnah dan tidak benar.

Katanya,"saya agak terperanjat dengan kenyataan yang perkera seperti itu, saya rasa ini penyataan berniat jahat kepada saya." lebih lanjut KLIK SINI

Monday, 1 October 2012

HEBAT... DASYAT... RAFIZI RAMLI TURUN N9 DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA


Klakar pun ada tgk budak kesayangan nuar jubo ni.. hebat ke budak ni.. kut hebat bonar.. napo lak kono pecat dr petronas.. dengan khabar sebab buat claim palsu.. Klik sini..

Smlm Merah turunlah ceramah rafizi ramli di tamn paroi jaya, di salah satu kawasan dlm dun sikamat.. digembar gembur, bahawa rafizi akan membuat satu pendedahan skandal pemimpin atasan N9 tapi rupa-rupanya.. promosi dan penyebaran sms ttg ceramah semlm hanyalah bertujuan untuk menarik penduduk utk keluar.. rafizi kobar.. setiap cermah pkr yang dia hadiri minimum seribu org.. tapi semalam kehadiran adolah kt 300 org.. kihkihkih..


Walaupun kawasan dun tersebut adalah dari parti pembangkang... nampaknya org di kawasan taman tersebut dah jelak, muak dengan omongan kosong dr pakatan yang tak laku... yang hadir pun 50% org luar.. jadi rafizi dan pimpinan pkr, den nak kobar.. kau buatlah ceramah mcmmana pun.. org sumo dh bosan.. sobab ado ko patut peliwat nak dijadikan perdana menteri... gilo amikkkk... silap2 jubo rafizi pun dh dibalun oleh anwar..

Merah tertarik.. dgn penceramah Dr Mohammad Nor Manuty, konon org2 di indonesia semuanya menyokong bapak anuar dan dio siap kobar.. yg menyokong disana adalah penjenayah-penjenayah dan perampok yg dikehendaki oleh kerajaan indon.. kut boto ramai org indon sokong juburi.. poielah duduk sanun.. pergi tukar kerakyatan.. org sano pun suko buek rusuhan2 ni... tak payah nak buat kucar-kacir kek malaysia ni... Apo bingai ehhh mamat ni..

Rumusan ehh.. takde isu yang dibawa oleh PKR semalam.. Den nak cabar Rafizi.. cakap kosong bolehlah.. suma org boleh ckp jer.. bukti xde.. sodap2 nak fitnah org... kau pergi bertaubat byk2...

PRU13.. ayuh kita kuburkan pakatan rakyat...
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...