j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: September 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Saturday, 29 September 2012

BERITA TERKINI: PETRONAS ARAHKAN RAFIZI RAMLI LETAK JAWATAN


Selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di pejabat penasihat kerajaan Selangor pada bulan Jun yang lalu dan bakal dihadapkan dengan hukuman yang cukup berat dibawah Akta BAFIA 1989 kerana menceroboh dan menyebarkan akaun peribadi pelanggan bank, kini Rafizi Ramli bakal dihadapkan dengan satu lagi tuduhan.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua... Kali ini budak suruhan Anwar ini dikatakan telah 'KANTOI' dengan membuat tuntutan palsu kepada majikannya Petronas. Patutlah hidup senang lenang.. rupa-rupanya makan duit haram.. Tak berkat bro.. Lu kalau nak berkat.. lu kena gosok duit tu kat lubang mencirit Anwar baru boleh... hahahaha

Petronas telah mengarahkan Rafizi Ramli supaya meletakkan jawatan serta merta atau bila Merah pun tak tahu... Tuntutan palsu dari segi apa, taklah pula diberitahu.. Yang pasti politiknya akan berkubur bersama-sama abang kesayangannya..


Friday, 28 September 2012

TEKS PENUH BAJET 2013


*Bonus Kakitangan Awam 1Bulan Setengah Gaji-Sebelum Aidilfitri- Disember dan Januari
*Rebat RM200 pembelian HP 3G Untuk Gaji bawah RM3000( 21-30)
*BR1M diteruskan RM500 Diteruskan
*Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
*Baucar Buku RM250- Sebelum ini RM200
*BR1M RM250 Bagi Golongan muda Bujang 21 Tahun Keatas
*Pencen Minima naik kepada RM820 Mulai 1Januari 2013
*Insentif Pesara Kerajaan RM500 (Bayar pada Disember)
*Bakal2 haji yang mencarum dalam KWSP boleh keluarkan simpanan mereka daripada Akaun 2 untuk tampung kos kerja haji
*SkimRumah Pertamaku,had pendapatan dinaikkan kpd RM5 ribu
*Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan





Untuk melihat Teks Ucapan Bajet 2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013 KLIK SINI

Thursday, 27 September 2012

SAKSIKAN VIDEO PENUH PERSEMBAHAN SHILA AMZAH MERANGKUL HADIAH 5 JUTA DI ASIAN WAVE 2012

Anwar Hina Umat Islam, Sokong Filem Innocence of Muslims



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menghina seluruh umat Islam ekoran tindakan beliau yang bersetuju bahawa umat Islam menghadapi masalah jiwa apabila mereka membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kenyataan yang bersifat memperkecilkan usaha bantahan umat Islam tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar Britain, The Scotsman kelmarin, jelas memperlihatkan sikap sebenar Anwar walaupun filem Innocence of Muslims itu terbukti telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.

"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka.

"Lebih daripada itu, kenyataan itu seolah-olah memperkuat kenyataan sembarangan yang dilemparkan pimpinan DAP yang sememangnya difahami bahawa mereka jahil tentang Islam, apa lagi yang menyentuh soal akidah dan keimanan."

Hasan berkata beliau sangat bimbang jika itulah kefahaman yang dipegang Anwar dan pakatan pembangkang, bayangkan apa yang akan terjadi kepada Islam dan masyarakat Islam sekiranya mereka menerajui negara.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam itu (Innocence of Muslims) mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilapor mempersoal rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dengan merumuskan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu itu.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pakatan pembangkang telah benar-benar merobek perasaan masyarakat Islam.
"Saya tidak nampak masyarakat Islam boleh mengharapkan sesuatu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain dalam pakatan pembangkang untuk menjuarai isu-isu melibatkan maruah dan martabat Islam,
"Kita (umat Islam) semua sayang dan kasihkan Nabi Muhammad. Apabila video sebegitu jahat ditayangkan, sudah pasti mereka akan marah dan sedih," 

50 Ribu Jang.. Mainlah Boto-boto


Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) bersetuju memberi ganjaran RM50,000 untuk diagih-agihkan kepada pemain skuad Rusa ekoran kejayaan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak Piala Malaysia.
   
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS ketika mengumumkan perkara itu berkata ganjaran berganda juga menanti pemain jika Negeri Sembilan mara ke peringkat separuh akhir dan akhir.
   
"Menang nanti masuk separuh akhir kita gandakan balik, masuk akhir kita gandakan lagi.....jadi ganda wang andalah jadinya sehinggalah macam tahun-tahun lepas. Kita telah berjaya menjadi juara tahun lepas dan persatuan telah mengeluarkan bonus hampir RM550,000," katanya pada majlis minum petang dengan pegawai dan pemain Negeri Sembilan di sini, hari ini.
     
Pasukan Negeri Sembilan yang dikendalikan ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat ini.
   
Pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, pada 5 Okt ini.

Katanya beliau gembira dengan kejayaan pasukan Negeri Sembilan melayakkan diri dalam pusingan suku akhir Piala Malaysia musim ini.
     
"Tahniah saya ucapkan kepada semua, daripada pengurusan, jurulatih dan pemain. Ini jelas sekali adalah hasil usaha kerjasama dan persefahaman yang telah saudara tunjukkan untuk pastikan supaya pasukan kita selaku penyandang juara dapat masuk ke suku akhir dan kita berdoa supaya kita berjaya masuk separuh akhir sampai ke peringkat akhir.
   
"Saya yakin serta percaya di atas komitmen yang saudara tunjukkan selama ini dan semangat juang dan semangat kita yang mahu melihat supaya pasukan Negeri Sembilan dapat mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia musim ini dapat kita jayakan.
   
Katanya usaha mempertahan kejuaraan Piala Malaysia adalah misi pasukan itu dan semua pemain bertanggungjawab untuk bermain dengan lebih baik bagi memastikan Piala Malaysia akan kekal di negeri ini pada pusingan akhir nanti.
   
Beliau yakin pasukan Negeri Sembilan mempunyai resepi yang terbaik untuk mengekalkan kejuaraan itu.
   
"Jadi yang pentingnya semangat kita, tanggungjawab kita dan akhirnya adalah keikhlasan kita untuk bermain sebagai satu pasukan. Kalau kita mempunyai resepi ini, Insya-Allah kita akan berjaya,"

Wednesday, 26 September 2012

Anwar Sewa Jet Peribadi Pakai Duit Kutipan Ceramah

Jet Peribadi:  Sewa, Taja Atau Pinjam? Rakyat Tuntut Ketelusan

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.  Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.  Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama. 

Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.  Keluarga pemerintah, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.  Pendek kata, rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid, mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 

Kita boleh membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih. 

Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.  Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia. 

Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.  Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.  Kalau mereka cerdik, tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.

Justeru, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.  Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain, kerana jika 10 orang ditanya, maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima. 

Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.  Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.   Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. 

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.  Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan. 

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.  Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR.   Dan begitulah seterusnya, sepatutnya. 

Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.  Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.   Untuk ini, Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.  Kita ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi, Soros atau tabung ‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS. 

Begitu juga jika ianya dipinjamkan, bak kata Nurul Izzah.  Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.  Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti, Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat, setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. 

Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.  Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus?  Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza? 

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci?  Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR?   Jika pemimpin BN bermewah, bukan main lagi dikutuk mereka, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, segalanya menjadi tidak apa pula.  

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysa menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti

Monday, 24 September 2012

PM Umum Tiada tol Dikenakan Di Lebuh Raya EDL


Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada tol akan dikenakan di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor Baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan pengambilalihan EDL di Johor Baharu oleh kerajaan daripada pemegang konsesi sedia ada masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

"Walau bagaimanapun, kepentingan semua pihak iaitu rakyat, pihak pemberi pinjam, syarikat konsesi dan kerajaan akan sentiasa dijaga dalam memuktamadkan sebarang cadangan," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) di Dewan Rakyat hari ini.

KETUA PEMUDA UMNO DITIKAM



Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang 3 dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.
Menurut anak mangsa ketilka kejadian ayahnya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak.
"Ayah sempat mengegar pintu rumah dan meminta pertolongan, bila kami keluar tengok ayah terbaring sambil mengerang kesakitan dengan jarinya juga hampir putus," katanya.
Mangsa yang kritikal dikejarkan ke Hospital Ampang dan terpaksa menjalani pembedahan dan  kini dilaporkan  berada dalam keaddan stabil.
SINAR

Saturday, 22 September 2012

Mahkamah tolak permohonan pelakon filem hina Nabi


LOS ANGELES - Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam menolak permohonan pelakon Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia agar treler filem itu ditarik balik dari laman YouTube.

Hakim Mahkamah Tinggi, Luis Lanvin enggan menerima permintaan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Garcia.

Garcia, salah seorang daripada tiga pelakon muncul dalam filem itu, berbuat demikian atas alasan dia telah ditipu oleh penerbitnya, yang dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula.

Nakoula juga dikatakan menggunakan nama Sam Bacile.

Garcia berkata dia telah diperdaya kerana semasa penggambaran filem itu, ia merupakan sebuah cerita bertajuk Desert Warriors, berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat padang pasir serta nama watak utama itu dikenali sebagai George, bukannya Muhammad.

"Permintaan untuk mendapatkan perintah menghalang sementara dinafikan," kata Lanvin.

Peguam yang mewakili pihak Google telah membantah keras cadangan yang diusulkan pelakon wanita itu.

Sementara itu, peguam Garcia, Cris Armeta berkata, pihaknya akan membalas balik bantahan itu dengan memohon injunksi baru untuk terus menghalang penayangan treler berdurasi 14 minit itu di Internet.

Garcia berkata jika dia tahu filem itu sengaja dibikin untuk menaikkan kemarahan umat Islam, sudah pastinya tidak akan bersetuju untuk terbabit dalam produksi filem terbabit.

Pelakon itu turut menambah, kesan daripada lakonannya itu, dia telah menerima banyak ugutan bunuh dan sekarang dia menyatakan sangat risaukan keselamatan diri serta keluarganya berada dalam keadaan terancam.

Dia juga telah dibuang kerja sejak penayangan klip treler itu tersebar minggu lalu sehingga menimbulkan banyak bantahan serta demonstrasi jalanan yang diadakan di banyak negara khususnya di negara-negara Islam.

Thursday, 20 September 2012

AYUH KITA GEGARKAN KG BARU @khairykj #respect

Ayuh rakyat Malaysia, Mari kita bangkit beramai.. Jom kita menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg Baru dan selepas selesai Solat mari kita bersama-sama dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy dalam Himpunan Aman bagi membantah filem Innocence of Muslims & cartoon

Dengan semangat cintakan kpd agama dan kasih pd Rasulullah. Ayuh para sahabat marilah kita bersama YB @khairykj serta pelbagai NGO ke Masjid Kg Baru esok.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERDESAK UNTUK MENANG PRU PR BELI AYAM PENCEN

PEMBANGKANG BANGGA TERIMA AYAM PENCEN POLITIK

Antara sifat semulajadi sesebuah parti politik ialah kegemarannya menerima keahlian daripada parti seteru.

Ini berlaku atas beberapa sebab samada ahli tersebut telah dipecat atau melompat kerana tidak bersetuju dengan parti yang dianggotainyya sebelumnya.

Kadangkala parti yang ditinggalkan berasa lega kerana anggota yang menjadi 'katak' berhijrah ke parti yang lain itu sebenarnya bertindak sebagai duri dalam daging selama ia berada sebagai ahli parti tersebut.

Bagi parti tersebut tindakan itu adalah sebagai satu rahmat baginya kerana masalah ahli yang sentiasa khianat dan tidak setia kepada perjuangan dapat diselesaikan.

Namun bagi parti yang menerima ahli daripada parti lawannya juga menganggapnya sebagai satu rahmat pula walaupun mengetahui anggota tersebut tidak mempunyai sifat yang boleh dibanggakan.

Dalam keadaan begini penerimaan anggota daripada parti lain itu lebih berlandaskan kepada perasaan ego kerana kononnya ia berjaya merampas ahli parti lain.

Lebih-lebih lagi ahli tersebut pernah menduduki jawatan yang tinggi samada dalam barisan kepimpinan tertinggi parti atau menjadi bekas menteri atau timbalan menteri.

Tindakan itu dilihat memberi kelebihan atau pengaruh tambahan kepada parti yang menerima ahli tersebut.

Senario inilah yang sedang berlaku di kalangan parti-parti pembangkang yang menyertai Pakatan Rakyat.

Kebelakangan ini PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan juga Ketua Pembangkang merasa agak teruja menerima kehadiran beberapa tokoh Umno sebagai ahli baru.

Antara paling awal menyertai PKR adalah bekas anggota Kabinet, Chua Jui Meng dan dua bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong dan Dr Tan Yee Kew.

Terbaru PKR mendakap pula bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin serta seorang lagi bekas timbalan menteri, Yahya Lampong.

Sebelum itu bekas menteri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat berjinak-jinak dengan Anwar dengan tujuan untuk menjadi calon PKR pada PRU-13 nanti tetapi apabila tidak layan beliau terus menubuhkan sebuah parti baru bernama Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau Ikatan.

Kira-kira dua bulan lalu, dua orang ahli parlimen Barisan Nasional, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing juga keluar parti tetapi tidak menyertai mana-mana parti pembangkang.

Sebaliknya Lajim yang juga bekas timbalan menteri mengasaskan sebuah NGO yang dinamakan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS) tetapi kini bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru pula.

Sementara itu Wilfred yang serentak keluar BN bersama Lajim pada 29 Julai lalu, berpuas hati dengan menubuhkan satu pergerakan politik yang dikenali sebagai Barisan Pembebasan Sabah atau Sabah Reform Front.

Disember tahun lalu juga memperlihatkan bekas naib presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan membentuk Barisan Borneo Bersatu (UBF) yang merupakan kerjasama antara Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak.

PAS juga tidak ketinggalkan menerima ahli baru daripada parti lain umpamanya bekas ahli parlimen Tamrin Ghafar.

Tamrin pernah menjadi pengasas gerakan anti liwat menentang pada 1999 untuk menentang Anwar tetapi kini selesa bersekongkol dengan individu yang membungkus karier politik ayahnya, Ghafar Baba pada tahun 1993.

Selain itu PAS amat gembira menerima kehadiran beberapa bekas penjawat awam dan juga daripada golongan artis.

DAP tidak berapa berjaya menarik tokoh terkenal disebabkan sifat chaunivis Cina yang menebal di dalam parti itu.

Antaranya bekas tokoh Transparency International, Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang dilantik sebagai naib presiden dan Senator tetapi keluar parti tidak berapa lama kemudian.

Anwar dan pemimpin pembangkang beranggapan mereka yang melompat daripada Umno atau BN boleh menyuntik semangat baru kepada mereka.

Hakikatnya andaian itu meleset sama sekali kerana mereka yang terjun kepada pembangkang sudahpun menjadi 'spent force' atau pengaruh yang luput di dalam parti mereka sebelum ini.

Hampir kesemua mereka sudah tidak lagi aktif atau mempunyai pengikut apa lagi pengaruh sementara di segi kekuatan fizikal tergolong dalam usia emas.

Anwar sebenarnya ingin terus menipu rakyat dengan mengatakan pakatan pembangkang berjaya menarik tokoh-tokoh Umno-BN walhal sebenarnya mereka hanyalah terdiri daripada 'ayam pencen' yang sudah liat dagingnya dan bercita-cita untuk menghidupkan semula kerjaya politik mereka yang sudah hampir lenyap.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 19 September 2012

HOT!!! ABBY JADI JANDA REBUTAN

Handal sungguh Mak jando sorang ni berceramah.. dah macam-macam kito dengar semenjak jando ni join PAS.. Bukannyo Merah tak suko kek mak jando ni.. tapi kut iyo bonar nak bercakap pasal hukum hakam ni, betulkan diri tu dulu.. poielah start ngaji Iqra dulu.. cari lah guru-guru agamo yang betul.. bukan poie ngaji kek mat sabu nanti sok tergadai body.. Wakakakakkaka...

Baru-baru ni, mak jando Abby Abadi dalam kunjungan ceramah ehh kek Surau Hitam Ampangan, berio-io bonar jando sorang ni membincangkan tentang ekonomi dan hukum agamo.. Merah nak tanyolah.. Apo taraf pendidikan jando sorang ni? Siap ngobarkan kut sorang lelaki yang lobih 3 kali pakai seluar pendek macam main bola atas lutut tak boleh @ tak layak jadi WALI.. Umang aaaiiiii.. handa jando ni kan.. mahzab mano dio ikut ni?

Apa pula hukum berpeluk-peluk dengan bukan muhrim?
Lopeh tu siap kobarkan lagi, yang negaro malaysia ni dalam keadaan bahayo dari segi ekonomi dan agamo... Iskhh..iskhhhh..iskhhh... bertuah kut ekau jadi bini Nik Ajis kut camni ha... tak tahu pulak den yang dalam diam-diam jando ni dah jadi pakar ekonomi..

Camnilah.. Ustazah Abby oiiii..(layak ko den panggil dio ustazah?) terlanjur den menulis ni.. den nak tanyo skit.. skit jo... Torangkan skit apo hukum dalam gambar kek bawah ni? Kut ado maso nanti bagilah tahu yo...





Nik Aziz ajak Melayu bersatu tentang perbuatan hina nabi tapi tak ajak pula menentang penzina & peliwat



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengajak semua orang Melayu bersatu mengutuk pihak yang menerbitkan filem "Innocence Of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan itu perlu untuk menyedarkan pihak terbabit yang disifatkannya sebagai perbuatan “orang kurang siuman" agar tidak mengulangi perbuatan yang menghina Islam itu.

"Cadangan saya kita orang Islam jangan sesekali tolak Islam daripada dasar hidup kita, nanti orang lain lebih teruk lagi buat pada kita (orang Islam)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Kelantan di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata bantahan itu wajar supaya mereka yang melakukan perbuatan itu sedar terhadap kesilapan yang dilakukan. 

bernama



Tuesday, 18 September 2012

WAJIB TONTON: Transformasi PAS Jadi Kaldai DAP

Apo lah nak jadi dengan orang Melayu di Simpang 4, Anak Kurau ni..

Nak kobar bangang kang masing-masing dah berjanggut. Ini ker tranformasi yang disebut-sebut oleh pakatan rakyat?

Lopeh ni rakyat Malaysia jangan terkejut kerano makin banyak cawangan PAS menjadi cawangan DAP..

Yang sey heran tu, mano pergi ehh perjuangan PAS yang mereka laung-laungkan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS AJAK PEMUDA UMNO BERDEMO


REMBAU – Pemuda Umno masih lagi menilai sama ada mahu bergabung dengan Pemuda Pas atau sebaliknya dalam mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara berhubung filem kontroversi Innocence of Muslims, Jumaat ini.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah berkenaan dibuat bagi mengambil kira beberapa perkara antaranya berwaspada dalam hal berkaitan keselamatan semasa bantahan dibuat bagi mempertahankan maruah agama Islam berhubung filem anti-Islam berkenaan.

Menurutnya, tidak timbul isu pihak mana yang menyuarakan bantahan terlebih dahulu, baik Umno mahupun Pas kerana perkara yang lebih utama ialah kesediaan untuk bekerjasama dalam membuat bantahan terhadap filem berkenaan.

“Kesediaan Google untuk menyekat filem kontroversi berkenaan untuk diakses di negara ini juga kita puji dan sokong walaupun syarikat milik AS berkenaan mengamalkan dasar kebebasan bersuar.

“Malah, kita harap agar, YouTube tidak sesekali menyiarkan rakaman video yang boleh menghina mana-mana agama di dunia ini kerana ia sama sekali tidak wajar dipaparkan,” 

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berharap tiada mana-mana pihak yang mempolitikkan isu berhubung filem kontroversi berkenaan dan tidak perlu menyatakan mereka lebih terdahulu untuk membuat bantahan.

“Nampak macam kebudak-budakan... jangan tunjuk sikap tak matang kerana apa yang penting kerjasama semua pihak bagi membantah filem kontroversi berkenaan... Pemuda Umno juga bersedia untuk membuat bantahan tetapi masih belum memutuskan untuk turut sama dengan Pemuda Pas atau tidak Jumaat ini.

“Jika sesuai... saya akan turut serta dengan mereka (Pemuda Pas)," katanya.

Saturday, 15 September 2012

Model ghairah peraga produk

Hiasan
SEREMBAN: Pengedaran majalah pengiklanan percuma yang memaparkan gambar model produk kecantikan dalam keadaan seksi dan mengghairahkan di daerah ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.

Abdul Aziz Abdul Hamid, 53, dari Senawang berkata, pemaparan gambar seksi pada produk iklan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitiviti dan bertentangan nilai murni masyarakat. “Saya terkejut dan malu melihat banyak gambar model wanita hampir berbogel dan menunjukkan aksi ghairah untuk memperagakan produk kecantikan dalam majalah itu.

“Bagaimana pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh meluluskan lesen pencetakan majalah iklan itu? Perkara ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun Nyior, Mohd Rofik Mohd Yusof, 52, berkata, pengedaran majalah pengiklanan itu boleh memberi kesan tidak baik kepada masyarakat terutama golongan muda.

Katanya, pihak berkenaan sepatutnya bukan hanya mementingkan jualan produk mereka bagi meraih keuntungan semata-mata.

“Saya berasa malu melihat majalah seperti itu dan khuatir ia mempengaruhi pemikiran anak-anak serta remaja.
“Saya berharap pihak berkuasa memantau dengan memastikan mereka yang terbabit dengan penerbitan majalah itu tidak melanggar syarat,” katanya. Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus menyelar tindakan pihak terbabit yang mempromosikan produk atau perniagaan mereka dengan menggunakan gambar wanita separuh bogel tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat.

Katanya, kegiatan pengedaran majalah terbabit di setiap rumah penduduk di taman perumahan di daerah ini bermula sejak awal tahun lalu dan terdapat banyak gambar wanita seksi dipaparkan di dalamnya.
“Pengedaran majalah iklan itu menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa kerana bimbang ia boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran anak remaja mereka.

“Walaupun mereka mungkin memiliki lesen daripada pihak berkuasa, tetapi isi kandungan yang dipaparkan tidak sesuai kerana pembacanya merangkumi semua peringkat masyarakat,” katanya.

NING BAIZURA AKHIRNYA MENGANDUNG


SETELAH 4 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, bakal menimang cahaya mata.

Ning mengesahkan berita kehamilannya itu menerusi sebuah portal hiburan tempatan. Enggan bercerita lanjut, Ning berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk berkongsi berita gembira itu.

Perkara ini dikuatkan lagi apabila Ning yang ditemui ketika majlis gala tayangan filem 3 Hari arahan Afdlin Shauki, kelihatan agak berisi dengan perutnya yang sedikit membonjol.

Apa pun, tahniah diucapkan dan semoga dia selamat melahirkan cahaya mata sulungnya ini.

Ning dan suami, Omar Sharif telah diijabkabulkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada 31 Januari 2008.

Thursday, 13 September 2012

HOT!! ANAK PEMIMPIN PEMBANGKANG SUMBANG MAHRAM HINGGA MELAHIRKAN ANAK


JERANTUT: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan. 

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada jam 12 tengah malam, November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan


p.s : Macammana nak memimpin rakyat & negara, anak sendiri pun tak lepas... Bahlol

sumber: Bernama

Anwar Disahkan Sakit Mental

Heboh di dalam alam siber berkenaan ceramah Anwar di Ampang di mana beliau terus menabur janji-janji manis yang tidak masuk akal. Harga minyak turun, mansuh PTPTN dan berbagai-bagai lagi janji manis yang akan ditunaikan secara serta-merta iaitu dalam masa 24 jam setelah mengambil-alih kuasa. Beliau juga berjanji yang media boleh bertanya apa saja ketika itu, tapi bukan kepadanya, tetapi kepada Dato' Seri Najib yang 'terpaksa' turun dari takhta, katanya.

Anwar bercakap seolah-olah beliau berada dalam alam fantasi, di sebuah negara olok-olok ala Beringin Rendang dalam cerita fantasi P.Ramlee. Jika Anwar bukan bergurau, beliau tentunya benar-benar benak kerana membayangkan begitu mudahnya untuk menurunkan harga minyak dan menukar sebarang keputusan atau undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara tanpa mengkaji dan membincangkannya.

Atau mungkin Anwar benar-benar terlupa untuk 'berkongsi' dengan rakan-rakannya yang lain seperti Kit Siang dan Hadi Awang serta membolot kuasa secara mutlak untuk dirinya semata-mata. Justeru itu, segala keputusan akan dibuat secara sendirian tanpa perlu dibawa ke meja perbincangan.

Namun, apa yang membuatkan kita lebih 'cuak' dengan Anwar ialah apabila beliau memberi masa yang tepat iaitu jam 2.30 petang untuk membuat mengumumkan kejayaannya menawan Putrajaya. Kata beliau, ""Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,"

Rasanya tidak salah jika ada yang meragui kewarasan Anwar dengan kenyataan di atas. Anwar bukan lagi gila kuasa tetapi sudah benar-benar gila. Beliau mula menganggap imaginasinya sebagai realiti. Keputusan pilihanraya hanya akan dikeluarkan seawal 5 petang, bagaimana Anwar mampu menilik kemenangannya pada jam 2.30 petang?

Mungkin ada yang berkata bahawa ini adalah kenyataan 'pre-emptive' Anwar untuk mengambil-alih kuasa melalui jalan belakang iaitu dengan menjatuhkan kredibiliti SPR. Namun, kita tidak boleh mengenepikan terus kemungkinan Anwar telah tidak berpijak di bumi nyata dan apa yang diperkatakannya bukanlah strategi 'pre-emptive' tetapi fantasinya.

Anwar membayangkan dirinya menjadi Perdana Menteri selepas PRU nanti tetapi di masa yang sama beliau tahu yang beliau sukar untuk menang. Justeru, imaginasinya memberitahu bahawa beliau boleh terus bersikap seperti Perdana Menteri, mengambil tindakan terhadap SPR serta memerintahkan Dato' Seri Najib agar turun dan berundur.

Bagaikan seorang kanak-kanak melayan imaginasi ingin menjadi superhero, Anwar juga membayangkan yang beliau boleh berbuat dan menjadi apa saja yang beliau mahukan. Memandangkan imaginasi tidak mempunyai batasan maka kerana itulah Anwar mampu menabur janji-janji setinggi bintang di langit dan membayangkan senario PRU sesuka hatinya.

Sedar atau tidak, nampaknya akhir-akhir ini cakap-cakap Anwar sudah semakin merapu. Semakin banyak beliau bercakap, semakin terserlah bahawa beliau tidak lagi bercakap menggunakan akal yang waras.

Sikapnya yang tidak tenang dan sering menunjuk marah terhadap wartawan dari media pro-kerajaan selama ini adalah simtom-simtom awal ketidakwarasannya.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada PRU nanti. Apakah kegilaan Anwar akan terserlah dengan lebih jelas pada ketika keputusan diumumkan dan tidak memihak kepadanya? Atau apakah beliau akan benar-benar bertindak mengikut imaginasinya iaitu mengabaikan undang-undang, peraturan dan logik dalam membuat tindakan dengan mengumumkan kemenangannya walaupun proses pengundian belum lagi tamat?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 10 September 2012

LIHAT VIDEO ANWAR IBRAHIM ARAH BODYGUARD ACU PISTOL KEPADA ANAK BUAH ALI RUSTAM


Barua punya bodyguard.. Ingat Malaysia ni tiada undang-undang ker? sedap hati kau main arah acu pistol kat orang awam.. Lu cerita kat gua skit.. Ada orang kampung sana serang lu orang pakai senapang patah ker tak pun ada ker diorang nak baling bom pada lu.. Lu nak tunjuk taiko tak kena tempat beb.. lu jangan ingat lu hebat.. Kalau lu ingat lu hebat.. lu percaya cakap gua, ada orang yang lagi hebat lagi pada lu..

Lebih lanjut nak tahu kisah sebenar yang berlaku KLIK SINI


p.s: terima kasih kepada abg-abg polis yang menyelamatkan keadaan..

Saturday, 8 September 2012

TERKINI: BLOGGER PEMBANGKANG KANTOI LAGI

Ayat pertamo... kahkahkahkahakkahaaaaktuihhhhh.. den nak golak siap den nak kahak kek muko pembongak tu... Nak menipu pun agak-agak lah der... Eden ado ado kek situ dari pukul 8 sobab nak layan sup daging..  Macam biaso lah bebudak pakatan rakyat ni.. Nak menipu tak reti.. Bak kato pepatah.. sepandai-pandai kera melompek akhirnya kono gak dibaham kek buayo.. Moh kito layan kebodohan blogger upahan Anwar ni..


Den nak tanyo blogger omakkau, media rakyat, keadilan daily dll blog.. Ni mano punyo gambar ekau ambik ni.. Eden dah bulatkan gambar kek ateh dengan bawah tu.. Ado nampak perbezaan ehhh takk.. Mano poie Khemah putih 4 biji yang kek belakang tu mano poie losap ehh.. Di bawak lari kek orang bunian ko.Wakakakaka...

Ekau takyah lah nak menafikan...  den tunjukkan gambar sebonar kek situ.. dopan belakang, kiri kanan den ambik.. sobab den ado kek situ semalam...

Dalam khemah

Ni gambar belakang khemah masa anwar berucap
Ni maso Anwar bercakap
ini sebolah kiri pentas..
So.. Moral of the cerito ehhhh.. tak payah ekau nak menapulate gambar sobab nak menunjukkan konon ramai orang kek situ.. Lobih orang luar, dari orang setompek.. kek PD tak sampai 200 orang, kek Sikamat pun samo.. kek seremban selatan lagilah pulak.. kiro-kiro ado dalam 70 orang jo... Sodih den nengokkann... Nak menitik air mato... huahuahuahua...


PANAS!! ANWAR CEROBOH KAWASAN MENTERI BESAR N9

Dasyat sungguh  Anwar Ibrahim ni.. Berani betul masuk kawasan Tok Mat@MBN9.  Dengar kata berduyun-duyun orang datang.. Hingga Anwar terpaksa mengupah bouncer-bouncer untuk mengawalnya..



Tapi betul ker ramai bonar yang datang seperti yang dilaporkan oleh media pembangkang.. Moh kito saksikan...




Takkan banyak ni jer yang hadir.. Di pukul canang merato tompat, termasuk banner, kek fb bak kato Aishah Lamsah.. Ini jer yang boleh dikumpulkan oleh pakatan rakyat kt N9. Golak bosar den nengok ehhh.. Macam ni nak jadi Perdano Menteri.. Boleh jalanlah Nuar.. Crowd pun tak cukup kek seribu orang.. Buek malu ekau jo...

Malam tadi den berio-io nak dongar ucapan dari Wan Azizah.. tapi malang ehh.. kak jijah berucap tak sampai 5 minit.. Agak ehh kak jijah takut orang nanyokan mano poie jam omega agak ehh.. Kut tak boleh jawab kang, buek malu yo.. Dio naik ateh pontas di kobar ehh dio sendiri teraso macam artis.. Apo kes kak jijah.. teraso tergugat kek Mak Jando sorang tu ko.. lain macam den nengok tobal bodak kek muko kak jijah.. Yolah.. Dio sodar laki ehhh.. kaki memantek.. Mak Jando Abby tu buleh tahan lawa ehh.. Mano bang Nuar buleh tahan.. Dari Mat Sabu baik  Mak Jando tu pilih Bang Nuar.. Depan belakang lubang dio buleh balun... Wakakakakakaka....

Anwar Ibrahim macam biasolah.. macam-macam dijanji ehhh.. tapi sumo tu dah lapoklah bang nuar oiii.. Ekau nengoklah kehadiran semalam.. Lobih orang luar dari orang setompek.. Orang dah jomu dek kau.. Kek mano-mano ceramah ekau kek nogori simbilan.. tu jo muko yang hadir.. baik kek bahau ko.. seremban ko... samo jo muko orang ehhh.. ekau tu dah tak popular bonar dah.. Baik ekau kuarkan video lagi.. Barulaha buleh famous balik.. Wakakakakkaka....

Lagi satu lamo bonar den nak nanyo hal ni.. Mano poie chegubard.. Manjang ekau datang kek nogori ni takdo pun den nengok muka ehhh.. mano poie budak banjingan ekau tu.. Budak-budak ehhh pun dah lotak jawatan marin.. klik kek sini untuk nengok cito ehh.. Dah slalu bonar den tengok takdo.. bukan den rindu do.. tapi diokan gilo glamer.. Ketuo bosar ehh datang dio takdo.. Muskil lak den...

Apo-apo pun.. Tahniah lah den ucapkan kek rakyat nesmilan.. Diorang sumo dah tahu tombolang Anwar ni..  Diorang kobar dari poie tengok Anwar, baik duk ghumah layan drama kek TV1.. Ado gak paedah ehhh....

Chowwww.......

p.s: kojap-kojap laie jangan lupo bukak blog merahmato ni yo.. eden nak dodahkan blogger bangang upahan anwar membongak(menipu).. tungguuu......

Friday, 7 September 2012

TERKINI: ORANG KUAT PKR & CHEGUBARD LETAK JAWATAN

Ketua AMK Rembau Md Sani Mohd Shah @ sani amk dan Norazizi Abdul Aziz (Setiausaha Cabang PKR Rembau) memberi tamparan hebat sehari sebelum lawatan Ketua Umum mereka dengan meletakkan jawatan mereka didalam parti tersebut.

Sani AMK


Norazizi

Kedua-dua mereka ni kalau nak tahu memang orang kuat chegubard.. ke hulu ke hilir bersama.. Alih-alih letak jawatan pulak... Ada Gaduh ke? Ini mesti berebut sapa nak jadi calon bertanding untuk PRU 13 nanti..   

Kalau dah orang kuat PKR dan SAMM ni letak jawatan, bermakna ada sesuatu yang tak kena dengan pimpinan PKR.. Lopeh sorang-sorang nampaknya.. Mungkin mereka dah sedar yang parti PKR itu hanya Parti Kencing Rakyat yang ditubuhkan semata-mata untuk menunaikan cita-cita mat jenin Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lama-lama sok berkuburlah PKR ni....

p.s: Chegubard bila pula?

PANAS! WAJIB LIHAT APA DAH JADI NI? PAS TOLAK KEHADIRAN ANWAR DI N9



A.B.A.I
Asal Bukan Anwar Ibrahim


Nampaknya pimpinan Pas di Negeri Sembilan dah berani menyatakan secara terang-terangan.

Syabas MM ucapkan.. 

Anwar Al Juburi mesti terkejut beruk kerana kain-kain rentang ini dapat dilihat di jalan menghala Port Dickson dan secara kebetulan Anwar akan melalui jalan tersebut untuk satu programnya di pejabat DUN Port Dickson.


Macam ni lah nasib seorang peliwat.. Dia ingat orang suka sangat dia agaknya.. Pergi merata-rata tabur fitnah.. Patutlah orang ramai gelarkan Anwar sebagai B.A.B.I.. (Bang Anwar Bin Ibrahim) hehehe...

Desas-desus yang terdengar sebelum ini akhirnya terserlah jua.. PAS N9 yang diterajui oleh YB Taufik akhirnya menujukkan belang yang mereka memang menolak malaun yang bernama B.A.B.I ini.. 

GEMPAR!!! Orang Kampung Mengamuk

Semalam orang-orang kampung di Rantau dan Kuala Sawah telah keluar beramai-ramai telah membuat satu Demo Aman bagi membantah kedatangan Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan hari ini.

Rata-rata penduduk kampung ketika ditemui berkata kehadiran Anwar di kampung mereka hanya untuk memecah belah perpaduan dan hanya menabur fitnah bagi merampas kuasa.

Sehubungan itu, JKKK berserta NGO telah tampil ke Balai Polis Rantau dan Kuala Sawah untuk membuat laporan Polis bagi membantah hajat Anwar yang ingin mengadakan ceramah di kawasan mereka kerana dikatakan tidak mempunyai permit.


Wednesday, 5 September 2012

Pemuda UMNO N9 Mengamuk, Satu laporan Polis Dibuat




Petang semalam, Pemuda Umno Rembau yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO N9 bersama-sama dengan Gabungan Belia & NGO telah membuat satu laporan Polis berikutan insiden memijak gambar-gambar pemimpin serta perilaku yang tidak senonoh oleh peserta-peserta himpunan haram yang diketuai oleh Marina Chin serta Hisamuddin Rais.

DALANG


Insiden memijak, mengoyakkan serta menayangkan punggung terhadap gambar Dato' Sri Najib, Datin Sri Rosmah serta pemimpin lain boleh dilihat sebagai dicipta untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin kerajaan masa kini. Ini membuktikan bahawa parti pembangkang Pakatan Rakyat yang terdesak kerana merasakan mereka akan kalah dalam PRU 13 lantas bertindak sedemikian rupa.

Sama perangai
Perbuatan itu juga dilihat merujuk kepada perbuatan Lim Guan Eng yang pernah melakukan perbuatan sama memijak gambar-gambar ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak memihak kepadanya. Semalam peserta yang menayang punggung pada himpunan haram di ambang kemerdekaan telah pun ditahan Polis semalam Klik sini . Walaubagaimanapun pihak Polis masih lagi memberi tempoh 24 jam bagi mereka yang terlibat untuk menyerah diri kepada Polis, jika gagal waran tangkap akan dikeluarkan.




Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...