j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: May 2012

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Thursday, 31 May 2012

Sharizat Bebas Dari Tuduhan Mak Lampir dan Jambu Anwar

Petang tadi di dalam satu sidang media Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil membuat kenyataan bahawa SPRM mendapati bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara keseluruhan di dalam proses pinjaman Kerajaan Projek Pusat Fidlot Nasional (NFCorp)  bernilai RM250 Juta.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Anwar Lebih Sayangkan Azmin Dari Dot Dot Dot...

Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?

SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa. Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan. Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video? Itu tunggu dulu kot. Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP. Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak, malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.
Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya

Wednesday, 30 May 2012

Dahlah Derhaka, Kurang Ajar. Main Minta Maaf pakai Internet Jer


Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Nak tengok kebiadapan Nizar KLIK SINI

Tuesday, 29 May 2012

Raja Petra Kamaruddin Dedah Kes Rasuah Azmin Ali


RPK didalam lamannya hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk menutup kes Rasuah Azmin Ali. Anwar pada ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Lihat pendedahan di bawah

Kenyataan pegawai BPR yang asal
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai Lampiran A).
Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lampiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun, saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis berjaya dan lihat Minit-minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah Minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah di luar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang surirumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali, Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin digunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi di mana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 di mana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana taknya kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisnessman. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahaya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bila mana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.

Lihat bagaimana Nizar bekas Menteri Besar Perak DERHAKA kepada Sultan Johor

Apa nak jadi dengan Nizar ni? Sungguh biadap, kurang ajar dan sanggup menghina Baginda Sultan Johor dan kerabat diraja semata-mata ingin mempopularkan dirinya. Disebabkan kebiadapan Nizar, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris telah murka dan mengutuk perbuatan Nizar yang menuduh kerabat diraja Johor tanpa usul periksa.

Lihat kebiadapan Nizar melalui twitternya
Lihat kenyataan dari Tengku Mahkota Johor
"JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The Money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations(Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was the Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat's Money. So before You Open your mouth. Do your research"

- Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Adakah Nizar lupa bahawa dia adalah rakyat Malaysia yang sepatutnya patuh dan berpegang pada rukun negara. Dimana kesetiaan Nizar kepada Raja dan Negara? Sebelum ini pun Nizar pernah menderhaka kepada Sultan Perak dan kini menghina pula Sultan Johor dan kerabatnya. Penulis mahu rakyat membuka mata bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini. Pemimpin begini kah yang rakyat mahukan. Buatlah pilihan yang bijak pada PRU yang bakal menjelma. 
Hayatilah
Ketika isu ini di 'pickup' oleh blogger-blogger, Nizar dengan lantang telah menuduh UMNO memperbesarkan isu ini. Lihatlah bagaimana sikap Nizar. sendiri yang buat hal, orang lain pula yang dituduh. Bagi Merah, rakyat perlu tahu apa yang berlaku. "Berani Buat, Berani Tanggunglah" Kenapa bila TMJ membuat kenyataan dan penjelasan, engkau (Nizar) DELETE tweet-tweet yang diatas. Berani Kerana Benar Bai!!! Takut Kerana Salah.. Elok mamat Nizar Kambing ni dihukum buang kerakyatan je..

Merah Mato : Hati panas nih...

Monday, 28 May 2012

PANAS!!! Komisyen Scorpene 114 Juta Euro


Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan.

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang…

Rakyat WajibTonton Khalid Mengamuk Program Tidak Dapat Sambutan

Bazir duit, kalau macam ini baik jamu anak-anak yatim.. dapat juga pahala.
Di saat majlis hendak bermula
Tetamu jemputan dah datang, tetapi bagaimana pula dengan  peserta?
Belia Negeri Selangor Tolak PR

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

Saturday, 26 May 2012

Ambiga Akhirnya Tersungkur..



Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas.

Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'. Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan.

Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  'keheroan-nya'

Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.

Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.

Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.

Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?

Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.

Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.

Akhirnya, dia meminta maaf!

Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf. Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

PANAS: Dah pinjam bayarlah, jangan susahkan orang lain

Rata-rata mereka yang menyokong penghapusan PTPTN adalah golongan yang sedang berhutang dengan PTPTN. Mereka ini didorong oleh janji manis manifesto pilihanraya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengatakan jika pakatan rakyat berjaya memerintah. Dari kaca mata Merah (penulis) perkara ini hanyalah sekadar ingin meraih sokongan undi dari golongan remaja.

Di dalam Islam pun kita diajar untuk membayar hutang. Bagi mereka yang telah menghabiskan pelajaran dan telah bekerja, adalah wajib mereka ini untuk membayar kembali pinjaman yang telah diberikan. Kedegilan mereka akan memberi impak bagi pelajar-pelajar baru yang ingin mendapatkan pinjaman PTPTN.
Golongan yang memohon PTPTN ini adalah dikalangan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jika tanpa PTPTN impian mereka untuk ke menara gading terpaksa dilupakan. Rata-rata pelajar yang ditemui meminta kerajaan tidak memansuhkan PTPTN kerana telah terbukti banyak membantu pelajar yang tidak mampu.

Bagi pelajar-pelajar pinjaman ini mencetuskan semangat mereka untuk memperoleh keputusan cemerlang kerana jika mereka mendapat keputusan yang baik, pinjaman tersebut akan ditukarkan kepada BIASISWA. Jadi ini menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan PTPTN adalah membebankan pelajar. Bagi penulis, perkataan 'membebankan' ini hanyalah bagi pelajar yang malas belajar, dan apabila mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang mereka tidak mendapat pekerjaan yang baik untuk melangsaikan pinjaman.

Thursday, 24 May 2012

China Press: Ambiga Setaraf Pencuri Besi Buruk

Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya. Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat.

Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang. Ini tidak benar. Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya.

Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.

Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat. Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.

Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.

Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga. Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.

Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan. Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh!

Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam. Semuanya kerana Ambiga.

China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga. Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga. Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat. Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini. Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?

Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.

Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina? Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko?

Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut.

Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan. Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.

Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.

Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk?

Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam. Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin. Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.

Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan. Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang dengan menceroboh ke kawasan larangan. Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera.

Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti. Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!

Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah? Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 23 May 2012

Lim Guan Eng akan dipilih menjadi Perdana Menteri - Karpal Singh


Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dicabar untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perdana menteri.

Cabaran itu dilontarkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang semalam sebagai bukan disengajakan.

Sebaliknya, NGO-NGO berkenaan melihat pihak berkenaan sudah memasang niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia, Mohd. Jurit Ramli berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil untuk menjawab persoalan tersebut.

"Sanggupkah mereka menerima kenyataan tersebut dalam keadaan umat Melayu Islam sekarang berpecah-belah akibat dolak-dalik yang dibuat oleh pemimpin Islam Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star hari ini, Karpal seterusnya menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Menurut Mohd. Jurit, Pas pada hari ini sudah dilihat oleh umat Islam sebagai kuda tunggangan DAP, malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bersedia menjadi kuda tunggangan DAP, justeru kenyataan Karpal itu bukanlah suatu mainan.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga mencabar pemimpin tertinggi Pas untuk menjawab kenyataan Karpal itu secara terbuka.

"Apa yang diucapkan oleh Karpal itu bukan perkara mustahil dan kita mahu parti sekutu DAP iaitu Pas untuk menjawab sama ada setuju atau tidak kerana kita tengok sejak kebelakangan ini Pas meletakkan kepentingan yang pelik-pelik dalam partinya," katanya.

Kata beliau, Pas perlu sedar bahawa mereka sepatutnya menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang, bukan membiarkan DAP menjadikannya sebagai kuda tunggangan yang sekali gus akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

Wajib Tonton Hadi Awang putar belit macam Kaf Lam Ya Nga


Kaf Lam Ya Nga.. Itulah perkataan pertama terlintas di kepala Merah apabila mendengar kenyataan dari Hadi Awang berkenaan isu Muzakarah diantara PAS dan UMNO.

Hadi Awang memutar belit dengan mengatakan ini satu agenda politik dan UMNO tidak ikhlas berhubung isu muzakarah. Betul-betul kelinglah orang tua ni. Pelawaan muzakarah adalah dari mulut Nik Aziz, kenapa pula hendak tuduh UMNO yang tidak ikhlas? Dah lah hendak muzakarah tetapi letakkan syarat pula.. Siapa yang tidak ikhlas sebenarnya?

Hadi Awang sebenarnya sengaja mencari alasan untuk tidak bermuzakarah bersama UMNO, bagi dia hanya  kuasa dan kedudukan adalah lagi penting dari kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Klik SINI untuk melihat artikel Merah sebelum ini berhubung isu muzakarah.

Jika Hadi Awang mengatakan kerajaan tidak menjalankan pilihanraya yang bersih, bagaimana mereka boleh mentadbir Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Bagi Merah, mereka sengaja membuat beberapa isu kerana ingin menutup kesalahan yang dilakukan Azmin, Anwar, Mat Sabu dan lain-lain..

Malaysia boleh muflis jika ikut Buku Jingga

"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.



KJ mengingatkan janji menifesto yang tidak ditunaikan oleh Pakatan PKR!


YB KJ berkata " Sebelum berjanji nak bagi pendidikan percuma di Malaysia, Tunaikanlah dulu nak bagi pendidikan percuma untuk taska di Selangor".

Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.

“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.

“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.

“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.

Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.

Tuesday, 22 May 2012

Anwar, Azmin dan Chegubard Mengaku Tidak Bersalah

Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan  menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.




Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amarab agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak, di sini, antara 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat  mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama   dengan penyokong demonstrasi  melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat  Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu  ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka ( iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.

Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang, tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa  mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.

Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob, manakala peguam Karpal Singh Deo, Sivarasa mewakili Anwar, Azmin dan Bahrul Hisham.

Orang China, India Akan Diberi Taraf Bumiputera – Karpal Singh


DAP nampaknya masih belum dapat menerima dengan tenang keputusan Tunku Abdul Aziz Ibrahim untuk keluar parti.  

Di kalangan pemimpin DAP, ada yang meluahkan kekecewaan, ada yang bertindak menghamun Tunku Aziz dan memperlekehkan sumbangan beliau kepada parti tersebut dan ada yang tercungap-cungap mengerahkan balaci menepis dan memperbaiki imej yang terserlah sebagai kukubesi dan korup.  

Tidak ketinggalan juga cubaan memulihkan imej dan mengalihkan isu oleh akhbar-akhbar yang ‘bersimpati’ dengan perjuangan DAP, termasuk the Star.

Namun, Tunku Aziz wajar memahami bahawa rakan-rakannya bukanlah kecewa kerana tindakannya keluar parti, tetapi mereka kecewa kerana beliau telah membuka pekung DAP.   Kekecewaan mereka berganda apabila beliau kemudiannya menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri dan memuji program-program transformasi.

Akibatnya, DAP terus lupa akan hakikat bahawa Tunku Aziz adalah seorang yang lurus, berintegriti dan berprinsip serta akan sentiasa berkata yang benar.   Kualiti inilah yang menyebabkan  mereka ‘menyambutnya’ ke dalam DAP dahulu,  dan kualiti ini jugalah yang menyebabkan beliau keluar dari DAP hari ini.

Antara yang lantang menempelak kenyataan ikhlas dari Tunku Aziz ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan.   Menurut Karpal, pelan transformasi Datuk Seri Najib hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.

Bagi Karpal, untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”

Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera.

Kita tidak terkejut dengan kenyataan Karpal kerana kita tahu ia sudah menjadi matlamat utama perjuangan DAP, iaitu melenyapkan penguasaan Melayu di bumi Malaysia ini.  

Bagi mencapai matlamat ini, DAP sering memomokkan bahawa hak istimewa bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi terhadap warganegara bukan bumiputera.  Kononnya warganegara bukan bumiputera tertindas, dianaktirikan dan terpinggir dari kemudahan-kemudahan dan bantuan-bantuan kerajaan.

Sedangkan walaupun dengan wujudnya hak istimewa bumiputera, warga bukan bumiputera telah berjaya menghalau 18,000 bumiputera di Pulau Pinang, lalu bagaimana agaknya nasib bumiputera jika hak mereka tidak dilindungi oleh kerajaan?

Sedangkan walaupun dalam melaungkan nasib diri yang ‘tertindas, terpinggir dan dianaktirikan’,  warga bukan bumiputera tega bermegah mendabik dada punya kuasa untuk mengawal ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.   Justeru, bagaimana agaknya nasib bumiputera jika ekonomi mereka tidak dibantu oleh kerajaan?

Hak bumiputera telah digariskan di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia sebagai melindungi bumiputera, terutamanya dari segi ekonomi dan pemilikan tanah.  Ini kerana, di era penjajahan, kaum bumiputera telah tidak diberi peluang yang sama dari segi pendidikan dan sosial oleh penjajah British sehingga mereka jauh ketinggalan dan sukar untuk meningkatkan diri, apatah lagi bersaing dengan kaum-kaum pendatang.   Tanpa pendidikan dan pendedahan sosial, kaum bumiputera terdedah kepada manipulasi dan kehilangan hak-milik mereka di bumi ini.

Tindakan British mengekang peluang pendidikan dan sosial kepada kaum bumiputera adalah untuk memastikan tiada kebangkitan semangat patriotik dan pemberontakan.  

Kaum pendatang pula dianggap tidak punya sifat patriotik terhadap negara ini dan tidak akan memberontak.  Justeru, peluang pendidikan dan pekerjaan untuk mereka adalah terbuka kerana British memerlukan mereka sebagai pekerja atau penyelia kepada kaum bumiputera.

Tragedi 13 Mei 1969 kemudiannya menyerlahkan sifat sebenar kaum pendatang yang tidak patriotik, tidak ikhlas malah angkuh dan suka menindas kaum bumiputera.   Bertitik-tolak dari itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi memantapkan lagi usaha meningkatkan taraf hidup dan daya saing bumiputera dan mengelak berulangnya tragedi berdarah itu.

Hakikatnya, kaum bumiputera sendiri merasa tidak selesa dengan kewujudan hak istimewa mereka.  Namun, hakikatnya juga, kaum bumiputera perlu mempertahankan hak ini selagi wujudnya keangkuhan dan sifat menindas di dalam diri kaum bukan bumiputera atau berhadapan dengan risiko merempat di negara sendiri, kalau pun tidak satu lagi tragedi.

Walaupun DAP menafikan yang mereka bersifat perkauman dan sering melaungkan hak samarata, namun, rekod sejarah politik DAP  atau kaum Cina itu sendiri membuktikan betapa mereka kekal cenderung, malah tegar untuk menindas kaum lain apabila berkuasa.   Keangkuhan yang ditunjukkan dalam tragedi 13 Mei tidak pernah padam.   Ini terbukti dari cara mereka mengurus syarikat swasta dan perniagaan yang diterajui mereka di mana kaum bukan bumiputera diberi keutamaan sementara peluang bersaing untuk bumiputera disempitkan.

Justeru, walaupun kita semua ingin menghapuskan ‘diskriminasi kaum’ yang tertulis dalam perlembagaan tetapi selagi kita tidak mampu menghapuskan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis di syarikat-syarikat swasta dan perniagaan, Malaysia tidak ada pilihan selain dari terus mempertahankan Artikel 153.  

DAP sebenarnya sedia maklum mengenai kewujudan diskriminasi kaum yang TIDAK tertulis dalam ekonomi  Malaysia yang diterajui kaum Cina tetapi DAP tidak berniat untuk menghapuskannnya.    Lebih buruk lagi, DAP sememangnya memperjuangkannya iaitu untuk memastikan kaum Cina mengawal semuanya – politik, ekonomi, pendidikan, perniagaan dan segala-galanya.

Inilah yang membuatkan Tunku Aziz tidak sanggup lagi duduk bersama mereka, dan kenapa Karpal begitu terdesak untuk menutup mulutnya.

Monday, 21 May 2012

Nik Aziz tidak ikhlas nak Muzakarah



Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," 

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.

Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tun Dr. Mahathir pun menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, Pas tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia (Pas) dah setuju, untunglah Karpal,"


Kerajaan sekat penggunaan Twitter


ISLAMBAD 21 Mei - Kerajaan Pakistan semalam bertindak menyekat penggunaan Twitter, selepas mendakwa laman mikro itu mempunyai unsur-unsur yang menyesatkan.

Jurucakap Penguatkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA), Mohammad Younis Khan berkata, Kementerian Teknologi Maklumat telah menyekat laman web itu dan keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya.

"Langkah terbabit diambil kerana ada unsur-unsur yang menyesatkan dalam Twitter," katanya. 

p.s: Ulama PAS tak nak ke sekat penggunaan twitter bagi kalangan Parti PAS? Merah tengok PAS sekarang banyak dah menyimpang dari Ajaran Islam.. Sampai sanggup mencemarkan bumi Mekah buat demo Bersih 3..  
Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...